Tuesday, December 14, 2010

Memoir Seorang Guru..Azizi Abdullah

Salam kemesraan... selamat menulis kembali saya ucapkan kepada diri saya kerana sudah lama tidak menulis apa-apa ulasan pada ruangan blog kepunyaan sendiri... Hanya sekali sekala menjengah namun tidak berkesempatan meng'update'nya...

sekadar berkongsi pengalaman: baru-baru ini saya telah menghadiri(menyertai) Bengkel Penulisan Kreatif anjuran Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU). Bengkel ini bejalan selama 4 hari 3 malam di Pusat Kepimpinan Pelajar (Puskep) Mara, Lenggong Perak.

Azizi......berkongsi pengalaman
Pelbagai input diperoleh hasil perkongsian pengalaman dan ilmu daripada dua orang panel iaitu novelis terkenal Malaysia, AZIZI HJ ABDULLAH dan penyair terkenal HASSAN BASERI.. Bengkel ini disertai oleh pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah institusi pengajian tinggi MARA seperti KPTM, GMI, Kolej Mara dan KPM bermula dari 28 november 2010 hingga 1 disember 2010.

Pada masa itulah saya tidak terlepas peluang untuk mendapatkan novel terbaru karya AZIZI HJ ABDULLAH yang berjudul "memoir seorang guru"..Saat menulis catatan  ini, saya masih belum menghabiskan bacaan tersebut dan insya-ALLAH jika berkesempatan saya akan membuat ulasan sedikit tentang novel ini kelak!..

bloger bersama Azizi Hj Abdullah
Sebenarnya, ada sebuah cerpen karya AZIZI yang pernah saya baca iaitu "beruk" turut dimuatkan dalam novel ini yang merupakan gabungan beberapa cerpen beliau; diolah menjadi novel. "beruk" pernah dijadikan korpus kajian saya dalam menilai sifat dan sikap guru semasa mengikuti kursus(subjek) Pengajaran dan Penilaian Sastera ketika menuntut di Universiti Malaya dahulu.. dan, apa yang membuatkan saya teruja adalah kenangan dapat bertemu sendiri penulis "beruk" dan "Sangheta" (pernah saya baca)..MATA BERTENTANG MATA..

Kami juga didedahkan dengan konsep dan persediaan menghasilkan puisi terutamanya sajak selain cerpen dan novel. CIKGU HASSAN banyak berkongsi ilmunya tentang cara menghasilkan sajak yang "bernyawa"...dan, hasilnya saya telah menghasilkan sebuah sajak berjudul "SABIT SABITAH" dan kami bersama-sama membedah karya ini dan beberapa lagi karya sahabat lain...INILAH pengalaman! Semasa belajar d universiti dahulu, bidang minoring saya ialah Kesusateraan Melayu;sungguh saya telah fasih dengan konsep,ciri,bentuk, sejarah dan perkembangan puisi Melayu namun hanya dalam bentuk teori dan mempraktikkannya jua berdasarkan pengetahuan teori-Bezanya di sini, saya berjaya menggabungkan pengalaman dan teori itu manjadi satu! Kata CIKGU HASSAN dan AZIZI pengetahuan dan pengalaman yang disatukan ini akan membuahkan karya yang realistik..! Terima kasih atas semua itu! ...
CERIA ; ...cikgu hassan



Sabit Sabitah

dari celahan ranting
aku merenung tajam
melontar rindu nan berahi
mengharap munculmu lagi

dari kelangkang dahan
aku menerobos tujuh lapis dadamu
pada waktu yang sama
ketika detik yang lama

dari robekan dedaunan
tiada jua bayangmu
kerdipan
.....sinaran
..........kilauan

mengharap hadirmu sabit
menanti kunjungmu sabitah
menyapa malamku
menyuntik ghairahku
..antara yang menyertai bengkel..

masih dari situ
dari celahan ranting
dari kelangkang dahan
dari robekan daunan
aku mengharap lagu rindu
datang mengulit gelap mimpiku

kau
bulan bintangku



(nukilan:ahmad zacky halim)

No comments: