Monday, December 20, 2010

TAK SUSAH....senang je nak buatnyerr...

Salam petang ini untuk anda yang tercari-cari hidangan  petang hari.. nak-nak petang yang hujan renyai-renyai kat luar sana.. mesti perut rasa lapar kan??.. haha.... petang nih semestinya saya dah ada menu santapan tengah hujan di kala petang; bersama keluarga tercinta.. nak tahu apa?? hah!

Pengat Ubi Kayu... kalau dalam dialek saya disebut "seghawa ubi kayu"..

yang pasti balik nih saya akan cuba buat.. malah penah buat dahulu.. tapi ingat-ingat lupa..hahah.. dan, petang semalam sempat korek ubi kayu tepi bendang dekat sebelah rumah, maka hari nih gigihlah saya untuk sediakan menu ini tatkala pulang kerja nanti.. letih kita letak tepi sat sebab hasilnya.   urmmm yummyy...

memikat selera:..sekadar gambar hiasan
untuk anda yang tertanya-tanya bagaimana nak sediakan hidangan lazat ini, maka saya kongsikan bersama anda untuk dicuba bagi menambat hati keluarga-anak, isteri,suami dan segala bagailah! siapa saja yang anda nak pikat hati mereka, tak sia-sia mencuba! try-lah!!


Bahan-Bahan:
400 gm ubi kayu
½ cawan sagu mata ikan
1 cawan santan pekat
¾ air gula melaka
1 helai daun pandan
Gula pasir
Cara:
Rebuskan ubi kayu di dalam periuk dengan sedikit air.

Biarkan mendidih hingga separuh masak dan bahagikan kepada tiga bahagian (warnakan dengan pewarna merah, kuning dan putih).

Basuhkan sagu mata ikan dan tuskan. Kemudian masukkan ke dalam periuk ubi tadi dan biarkan mendidih sehingga sagu menjadi kembang.

Masukkan santan, gula melaka, daun pandan dan gula. Kacau perlahan-lahan sehingga sedikit mendidih.

Angkat dan hidangkan.


Selamat Mencuba!!...walawehhhh

Sunday, December 19, 2010

...orang memberi kita merasa

Terbang burung dari selatan,
Dipuput angin sangga bayu;
Bukalah surat dari lipatan,
Lihatlah pantun bahasa Melayu.

Pantun merupakan sejenis puisi tradisional Melayu ciptaan terbaik, milik masyarakat Melayu yang diwarisi dari zaman ke zaman. Dengan bentuknya yang padat dan kemas, pantun sering menjadi pilihan dalam pelbagai acara kerana keistimewaannya menggambarkan kehalusan serta keprihatinan masyarakat Melayu terhadap alam dan ruang lingkup budayanya yang mencerminkan peribadi dan sifat-sifat terpuji orang-orang Melayu.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Pantun dicipta sebagai suatu pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang atau mengenai sesuatu perkara, malahan pantun digunakan juga untuk menyindir, berjenaka, memberi nasihat dan berhibur. Dari dahulu hingga kini pantun sering menjadi pemanis kata dalam sesuatu majlis dan upacara rasmi. Dalam majlis rasmi atau majlis merisik, meminang dan perkahwinan, pantun diucapkan untuk melahirkan rasa kasih sayang, rindu dendam, kias ibarat dan kegembiraan.Pantun menjadi salah sebuah puisi Melayu lama yang dapat memberikan warna-warna perasaan dengan lebih berkesan.

Sampat kotak hilir mudik,
Dayung patah galah sebatang;
Ikhtiar tidak datang bergolek,
Akal tidak datang melayang.


dipetik daripada;  
'orang berbudi kita berbahasa'
DBP Wilayah Utara
2010

kami makin rapat; kerana kami ada "hakak" , "tok" dan "nenek"

...."pelik pasai apa? dah tak suka, nak wat macam mana??!"....

..itu yang spontan keluar daripada mulut saya..! nak tahu kenapa?.. hanya kerana jawapan saya terhadap soalan beberapa rakan yang fanatik!..... suatu perbualan berlangsung..seperti sebelum ini . Cerita-cerita biasa bagi saya.. dan hari itu ketika sedang makan dan  bersama-sama rakan-rakan, suatu isu telah tercetus dek kerana nama seorang "nenek" yang agak dikenali di negara kita..Malaysia-lah! mana lagikkk!

hakak .. ziana
hmm...,pertengkaran yang biasa bagi kami semakin rancak..masing-masing dengan hujah tersendiri dan yang paling meriah ditokok tambah nilai emosi yang menghangat. 

kata seorang kawan.."she's diva hocccayy!"..
sambungnya lagi.."hakak ko tuh hapa hadaa??"...

hahha... lucu sangat statement tuh...
lalu dengan beremosi saya menjawab...

.."alooo....hakak haku terbaik wookkk!"
.. "kalu nenek ko tuh  diva, hakak haku bapak segala diva!! ..."MAMPU??"

nenek: ..siti
perbalahan yang hangat ituh makin membuatkan kami terus menggeletis dan mengejek satu sama lain.. 
yang tak tahannya.. tetibe datanglah bangun salah seorang daripada kami (yang pasti bukan saya), sambil menempik kuat!

.."sudaayhh!..hentikan semua ini!"..
.."jangan sesapa nak ngaku diva! jangan vermimpi mau jadi diva!"..
.."selagi Kak Pah bernyawa di muka bumi ini, dialah diva!!"..

hahah...dengan nada yang keras itu ditambah memek muka yang condifent..kami semua tersentap! lalu merenung bola matanya seraya menghannjj..
tetap DIVA-Tok Pah
.."MOTIPPPPPPP"...!!!



dan..kami pun ketawa... yang pasti itu sangat membuatkan kami teruja! ketawa! gembira! sejak sudah lama tak berjumpa!..apa pun yang ada dalam dunia ini adalah berbeza pendapat ,kemahuan dan inspirasi.. bak kata papa rock Malaysia.."kita sama semuanya sama..apa yang ada hanyalah kehidupan.."


juga, karena perbezaan itulah kami menjadi lebih rapat, memahami dan tekun mengenali sehingga menjadi seperti sekeluarga-seibu dan sebapa! ..hanya kerana mereka yang diva!!..




Wednesday, December 15, 2010

Sifar Rasuah!.. Pusat patut ikut..!

Kelantan bebas rasuah sejak 1990


KOTA BHARU – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup dua kes berprofil tinggi membabitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab Rahman membuktikan Kelantan bebas daripada rasuah sejak Pas memerintah pada 1990. 

Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, kerajaan Pas lebih telus dan sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat sebarang salah laku pegawai dan kakitangan awam. 

Menurutnya, Menteri Besar memilih untuk membuka pintu 24 jam kepada SPRM untuk menyiasat kes rasuah membabitkan Kerajaan Negeri. 

“Tindakan itu adalah hak SPRM yang kita anggap dibuat selepas siasatan rapi dan terbukti bahawa tiada kes rasuah berlaku. 

“Kita tidak takut untuk disiasat malah sentiasa memberikan kerjasama kerana kita juga tidak mahu ada kes rasuah dalam pentadbiran,” katanya. 

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, SPRM diminta agar tidak terlalu mengikut desakan dibuat Barisan Nasional (BN) atau orang yang terlalu ghairah untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan. 

Menurutnya, sebagai sebuah badan profesional, SPRM sepatutnya mempunyai suatu ketegasan tersendiri dalam menangani setiap tekanan atau desakan diterima. 

“Terima kasih kepada SPRM atas pengumuman ikhlas yang dibuat itu, cuma saya ingin nyatakan agar SPRM tidak mengikut sangat tekanan luar,” katanya. 

Abdul Fatah bagaimanapun, memuji pendekatan yang digunakan badan berkenaan kerana menyiasat setiap aduan diterima. 

“Baguslah, mereka menyiasat setiap aduan, cuma bagi orang disiasat, pastinya menimbulkan rasa tidak selesa selain terpaksa berdepan prasangka masyarakat sepanjang melalui tempoh siasatan berkenaan,” katanya.




MOTIF??!! kaitkan TG NIK AZIZ ....

Pluralisme: Mufti Perlis tampil bela Nik Aziz


Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya amat kecewa apabila tokoh agama yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, cuba dikaitkan dengan fahaman pluralisme semata-mata kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha. 

"Ini suatu tuduhan yang amat jahat. Rekod Tuan Guru membuktikan beliau amat konsisten dalam isu Islam," katanya dalam satu kenyataan, sambli menegaskan beliau bukan ahli PAS dan mana-mana parti politik.

Dr Juanda mengulas laporan media online yang memetik kenyataan beberapa pembentang kertas kerja di satu seminar semalam berkaitan isu pluralisme, termasuk mengingatkan pemimpin Islam termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menghadiri perayaan agama lain. 

yusri abimSalah seorang pembentang kertas kerja itu - bekas presiden ABIM, Dr Yusri Mohamad (kanan) mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah secara terbuka menyokong pluralisme dalam syarahannya di London School of Economic Mac lalu.

Dr Yusri dilaporkan mendakwa badan pemikir Anwar - Institut Kajian Dasar (IKD) yang diketuai oleh bekas setiausaha akhbarnya, Khalid Jaafar, juga telah menerbitkan buku-buku yang 'merbahaya' yang mempromosi persamaan agama.

NONEPensyarah Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu juga turut mengkritik Nik Aziz (kiri) kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha di Kelantan.

Seorang lagi pembentang kertas kerja, felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, juga senada dengan Dr Yusri apabila menggesa umat Islam menentang mereka yang mempromosikan persamaan agama.

Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata: "Ya, pluralisme adalah suatu ancaman kepada Islam, tetapi tuduhan melampau dan tergesa-gesa mengecop beberapa orang tokoh politik sebagai penganut fahaman pluralisme ini amat berbahaya kepada keharmonian hidup antara umat beragama di Malaysia. 

"Budaya ala-Taliban ini amat tidak cocok dengan rakyat Malaysia yang sudah sekian lama hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati," tambahnya.
"Kita perlulah membezakan di antara sikap menghormati kebebasan pegangan agama orang lain yang diakui oleh Islam dengan hakikat maksud pluralisme," tegasnya. 

Tidak sepatutnya, tambah beliau, mereka yang bergelar sarjana tidak memahami metodologi ilmu dalam menilai perbezaan di antara dua perkara ini.

"Dalam al-Quran, Surah al-Kafirun memberikan ruang memperakui hak penganut agama lain dalam mengamalkan kepercayaan mereka, manakala Surah al-Mumtahanah menyuruh orang Islam berbuat baik dengan penganut bukan Islam. 

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Erti ruang toleransi dan saling menghormati hak sesama manusia untuk hidup secara harmoni itu diakui oleh Islam dan bukannya satu ciri penganut pluralisme," katanya.

Dr Juanda (kanan) bertanya bukankah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menerima rombongan penganut Kristian Najran di dalam masjid Nabawi?
"Bahkan baginda membenarkan mereka melakukan ibadat agama mereka di dalam masjid kedua paling suci itu. 

"Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bangun bagi menghormati jenazah seorang penganut Yahudi yang lalu di hadapannya? 

"Bukankah Omar bin al-Khattab RA sewaktu membuka Palestin memberikan kebebasan dan penghormatan yang amat luar biasa kepada Patriach Kristian di sana dan mengunjungi Gereja Nativity? 

"Apakah Nabi SAW dan Omar RA ini juga penganut pluralisme? Sudah tentu tidak! Dan dengan itu formula dan kaedah pihak yang gelojoh ini juga salah dan amat berniat jahat," katanya.

Dr Juanda berkata, beliau bimbang wujud kecenderungan beberapa pihak dari kalangan ahli akademik dan agamawan menggunakan isu akidah untuk tujuan mewujudkan permusuhan di kalangan ahli politik.

"(Mereka) juga menggunakan isu akidah untuk menyesatkan dan memurtadkan orang politik yang tidak sebulu dengan mereka," katanya.

Hal ini, tegas beliau lagi, akan menjurus kepada pegangan yang amat melampau dan boleh mencetuskan kekecohan antara agama di Malaysia. 

"Akibat sikap seperti ini, banyak pihak akan disesatkan dan dipertikaikan akidah mereka," tegasnya. 

Juga, kata Dr Juanda, formula mereka yang melampau ini akan menimbulkan salah tafsiran terhadap sikap harmoni kerajaan Persekutuan kepada penganut berbilang agama di Malaysia. 

"Apakah polisi kerajaan ini juga akan mereka sesatkan, termasuk para pemimpin yang terbabit?" soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam, terutama ahli akademik, agar bersikap jujur dan adil dalam memperkatakan soal Islam dan terutamanya dalam soal hubungan dengan agama lain. 

"Semua pihak perlu berhati-hati terutama dalam menyatakan pandangan yang boleh membawa kepada permusuhan beragama dan berpolitik," tambahnya.

Dr Juanda berkata rujuklah kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam mengeluarkan pandangan Islam.

"Bukannya dengan emosi dan kecenderungan berpolitik bagi menimbulkan permusuhan di kalangan umat Islam dan permusuhan di antara umat Islam dengan bukan Islam. 

"Islam tidak memerlukan mereka yang berpemikiran pelampau, kolot dan amat konservatif bagi membela agama suci ini," tegasnya.


PANASSS:......wikileakS

Penjelasan  bro ANWAR (dsai) tentang beberapa isu semasa membabitkan BELIAU termasuklah isu dakwaan oleh WIKILEAKS..... sekadar berkongsi! renung-renungkan dan selamat beramal...

...Melaksana Agenda Rakyat...

Tuesday, December 14, 2010

Memoir Seorang Guru..Azizi Abdullah

Salam kemesraan... selamat menulis kembali saya ucapkan kepada diri saya kerana sudah lama tidak menulis apa-apa ulasan pada ruangan blog kepunyaan sendiri... Hanya sekali sekala menjengah namun tidak berkesempatan meng'update'nya...

sekadar berkongsi pengalaman: baru-baru ini saya telah menghadiri(menyertai) Bengkel Penulisan Kreatif anjuran Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU). Bengkel ini bejalan selama 4 hari 3 malam di Pusat Kepimpinan Pelajar (Puskep) Mara, Lenggong Perak.

Azizi......berkongsi pengalaman
Pelbagai input diperoleh hasil perkongsian pengalaman dan ilmu daripada dua orang panel iaitu novelis terkenal Malaysia, AZIZI HJ ABDULLAH dan penyair terkenal HASSAN BASERI.. Bengkel ini disertai oleh pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah institusi pengajian tinggi MARA seperti KPTM, GMI, Kolej Mara dan KPM bermula dari 28 november 2010 hingga 1 disember 2010.

Pada masa itulah saya tidak terlepas peluang untuk mendapatkan novel terbaru karya AZIZI HJ ABDULLAH yang berjudul "memoir seorang guru"..Saat menulis catatan  ini, saya masih belum menghabiskan bacaan tersebut dan insya-ALLAH jika berkesempatan saya akan membuat ulasan sedikit tentang novel ini kelak!..

bloger bersama Azizi Hj Abdullah
Sebenarnya, ada sebuah cerpen karya AZIZI yang pernah saya baca iaitu "beruk" turut dimuatkan dalam novel ini yang merupakan gabungan beberapa cerpen beliau; diolah menjadi novel. "beruk" pernah dijadikan korpus kajian saya dalam menilai sifat dan sikap guru semasa mengikuti kursus(subjek) Pengajaran dan Penilaian Sastera ketika menuntut di Universiti Malaya dahulu.. dan, apa yang membuatkan saya teruja adalah kenangan dapat bertemu sendiri penulis "beruk" dan "Sangheta" (pernah saya baca)..MATA BERTENTANG MATA..

Kami juga didedahkan dengan konsep dan persediaan menghasilkan puisi terutamanya sajak selain cerpen dan novel. CIKGU HASSAN banyak berkongsi ilmunya tentang cara menghasilkan sajak yang "bernyawa"...dan, hasilnya saya telah menghasilkan sebuah sajak berjudul "SABIT SABITAH" dan kami bersama-sama membedah karya ini dan beberapa lagi karya sahabat lain...INILAH pengalaman! Semasa belajar d universiti dahulu, bidang minoring saya ialah Kesusateraan Melayu;sungguh saya telah fasih dengan konsep,ciri,bentuk, sejarah dan perkembangan puisi Melayu namun hanya dalam bentuk teori dan mempraktikkannya jua berdasarkan pengetahuan teori-Bezanya di sini, saya berjaya menggabungkan pengalaman dan teori itu manjadi satu! Kata CIKGU HASSAN dan AZIZI pengetahuan dan pengalaman yang disatukan ini akan membuahkan karya yang realistik..! Terima kasih atas semua itu! ...
CERIA ; ...cikgu hassan



Sabit Sabitah

dari celahan ranting
aku merenung tajam
melontar rindu nan berahi
mengharap munculmu lagi

dari kelangkang dahan
aku menerobos tujuh lapis dadamu
pada waktu yang sama
ketika detik yang lama

dari robekan dedaunan
tiada jua bayangmu
kerdipan
.....sinaran
..........kilauan

mengharap hadirmu sabit
menanti kunjungmu sabitah
menyapa malamku
menyuntik ghairahku
..antara yang menyertai bengkel..

masih dari situ
dari celahan ranting
dari kelangkang dahan
dari robekan daunan
aku mengharap lagu rindu
datang mengulit gelap mimpiku

kau
bulan bintangku



(nukilan:ahmad zacky halim)