Sunday, June 12, 2011

KAKAK TUA dalam hiruk pikuk kota!

apa masalah kau???!

hah !
ada suara nak gulingkan aku....
seperti angin yang membawa khabar
seperti itu juga aku dengar

tak suka?
aku bising!?
owh aku suka!?
kau berdekah!!

hah!
jangan pura pura..
wajahmu ku kenal melalui sikap!
kau biadab!
'belanjawan' terbaik!
kau apa pun tak ada!
aku ada???!
kita sama !
kau kerja aku kerja
kau tua aku muda! itu saja yang x sama!...
satu lagi
aku lelaki kau betina!
itu nyata!

aku bising... suara aku pahala
kau bising aurat itu berdosa tidak dipelihara!

pandang cermin depan muka kau,
apa disebaliknya?
kau ada jawapan yang semua orang sudah temukan!
kau lagak sopan,.. tak ubah pelacur kelas atasan!

aku bising kau hingar
aku jerkah kau bingar
aku diam kau tetap bergegar..
kau bermuka talam yang dua..
kau tak ubah seperti cermin penyuluh rupa!
kau insaflah !
alahai KAKAK TUA!

*sekadar luahan dari jiwa yang memberontak lara!

Thursday, June 9, 2011

Budak Baru dok Belakang!

haha......dah berkarat dah blog nih, lama sangat tak kemas kini..
[hmm] sedakarang dah masuk JUN 2011, ingat lagi masuk keje JUL 2010..
p mana mana pon orang cakap la.... pensya***  ka? kecik nya..
ada yang berbaur bangga.. 'baguihnya,muda2 dah jadi pensya***'
caitt! aku tak berasa besar ngan kerje aku.... sebab prinsip aku , keje lah apapun segalanya berAMANAH!

tukang kebun dengan CANGKUL
pencuci bersama MOP
polis bersama PISTOL
doktor dan JARUM
peniaga dengan UNTUNG
guru dengan ROTAN
pensyarah dan LETERAN!

apapun itu semua amanah!
semua manusia itu KHALIFAH!
bertanggungjawab terus pada Khaliqnya!

....JULAI 2011 ini genap setahun berkhidmat..
macam macam pengalaman dah dapat [masih banyak perlu kaut]
melayan kerenah pelajar [diploma], staf sejawat, staf sokongan dan pelanggan kami,..
semuanya memberi seribu satu rasa

MANIS 
MASIN 
KELAT 
PAYAU 
TAWAR
PEDAS

segalanya itu aku ambil sebagai ganjaran! DUNIA mengajar aku membina jambatan AKHIRAT
sungguh aku teringat pengalaman pertama masuk bilik kuliah!
"eh ? u budak baru? mm budak baru dok blakang k!"
hahhaha... dialog seorang pelajar [diploma] kepada aku [sarjana muda]
inilah pengalaman yang akan aku sampaikan dimana mana dan sampai bila bilapun dan kepada sesiapa pun:

AYAH
BONDA
ABANG
KAKAK
ADIK
ANAK
CUCU
CICIT
SAHABAT
TETANGGA

..kadangkala ada mereka yang susah nak faham NADA aku
Status FB aku sering disalah tafsir [walau mereka ada MASTER, DEGREE,DIPLOMA]
sampai kadang kadang sentap sendirian!.. [aku tak amik port]
aku hanya bercakap yang aku TAHU, difikirkan perlu dan bertanggungjawab akak kata kata itu!
aku hanya berkerja seperti mana portfolio aku! AMANAH tetap AMANAH!
sungguh dalam kuliah aku suka LETER
benar dalam kuliah aku suka JENAKA
betul dalam kuliah aku suka MARAH

MARAH AKU SAYANG
JENAKA AKU SINDIR
LETER AKU NASIHAT

.... tahniah kepada aku!... sudah menempuh alam baharu! setahun bergelar pengajar! buat aku tahu BELAJAR! ..macam macam ada....

JAHAT
BAIK
TIKAM BELAKANG
PURA PURA
HIPOKRIT
NGADA NGADA
TERUS TERANG
CAKAP BELAKANG
PANDAI 
SOMBONG
BODOH
BIJAK 
BODOH  SOMBONG

semua pakej itu ALLAH beri tunjuk ajar pada AKU!..
semoga aku

TABAH
CEKAL 
GAGAH
REDHA
SABAR
KUAT
KENTAL

hadapi semua itu!.......
pengalaman setahun "budak baru dok belakang"
memberi aku berjuta inspirasi dan aspirasi diri!
kini! aku akan berdiri lebih tinggi! mencapai cita cita di langit!

..inilah kisah PENSYARAH MUDA dan pelajar DIPLOMA!