Sunday, November 1, 2009

salam peperiksaan..

salam... kepada semua mahasiswa seluruh Malaysia, selamat menduduki peperiksaan akhir semester 2009/2010. Khusus kepada Mahasiswa Universiti Malaya, selamat berjuang di medan tempur ilmu  yang  bermula pada 2 november hingga 20 november.

tinta ini juga kutitip  untuk  semua pelajar Pengajian Melayu yang menduduki  peperiksaan...berusahalah  sejuang mungkin  dengan doa  dan ikhtiar  kita...dan  serahkan segalanya  kepada pemilik takdir  yang  SATU, tawakkal  pada Allah SWT... sama-sama  doakan  kejayaan  kita......








p/s: kepada guruku, Encik Ramli Raman (Puisi Melayu Tradisional-5november), Dr.Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali (Kritikan Kesusasteraan-6november), Dr.Ghazali Darussalam (Peranan Sekolah & Masyarakat dalam Pendidikan Moral-9november), Dr. Ibrahim Hj. Ahmad (Retorik Bahasa Melayu-16november) dan Prof.Dr. Abd Razak Abd Karim (Analisis Wacana Bahasa Melayu-18november).... halalkan segala ilmu  yang  telah  dicurahkan, doakan kejayaan ku  dan  semua  pelajar  kalian untuk peperiksaan kali ini...Insyaallah  keberkatan  ilmu  yang  kami  peroleh  daripada  kalian  akan  membunga  kejayaan  masa  hadapan...amin...

Friday, October 9, 2009

UNIVERSITI MALAYA (UM) TERUS UNGGUL...

THES telah mengeluarkan ranking terbaharu 200 universiti terbaik di dunia.Nyata, Malaysia berbangga dengan kedudukannya di tangga 180 terbaik dunia melalui Universiti Malaya (UM).
Hal ini menunjukkan, UM terus memperbaharui kedudukannya sebagai universiti terbaik di Malaysia dan dunia. Kedudukan tersebut dibaiki sejak tahun 2007 dan konsisten hingga 2009. Buktinya pada tahun 2007 UM berada di anak tangga 246 terbaik dunia dan pada tahun 2008 menduduki tempat ke-230. Kini, UM terus memperbaharui kedudukan tersebut lantas tersenarai antara 200 universiti terbaik dunia. Malah, jika di senaraikan dalam kalangan Negara Asia, UM menduduki tempat ke-39 terbaik Asia.Kedudukan ini meletakkan Malaysia sebagai negara ke-8 di Asia yang mempunyai universiti terbaik dan cemerlang.

Berbanding pula dengan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), pada kali ini (2009), hanya layak berada di tangga 291 terbaik dunia.Fakta yang perlu diterima tentang kedudukan ini adalah, UKM jauh ketinggalan daripada UM melewati 111 universiti lain(jurang antara UM dan UKM).Lebih malang lagi, kedudukan UKM dalam penilaian THES menunjukkan universiti ini merosot dari tahun sebelumnya (2008), yang berkedudukan 250 terbaik dunia. Jelaslah, UKM langsung tidak tersenarai dalam 200 universiti terbaik dunia sebaliknya terus corot.

Walau bagaimanapun, UKM masih boleh berbangga kerana mengepalai senarai universiti di Malaysia yang gagal tersenarai sebagai 200 terbaik dunia berdasarkan penilaian THES.Universiti yang berada di belakang UKM ialah Universiti Sains Malaysia (USM atau lebih dibanggakan dengan nama APEX Universiti).USM menduduki senarai ke-314 terbaik dunia diikuti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tangga 320 dan Universiti Putra Malaysia (UPM), yang berkedudukan ke-345.

Menyentuh tentang prestasi USM, kedudukannya terus merosot sejak tahun 2006 hingga 2009. USM terus jatuh dari tahun ke tahun; 2006(277),2007(307),2008(313),2009(314).Inikah universiti APEX yang dibanggakan?Rujuk jadual di bawah:


UNIVERSITI

Universiti Malaya (UM)
Universiti
Kebangsaan (UKM)
Universiti Sains (USM)
Universiti Teknologi (UTM)
Universiti Putra (UPM)

TAHUN
2006
192
185
277
-
292
2007
246
309
307
416
364
2008
230
250
313
356
320
2009
180
291
314
320
345

Kedudukan 5 Universiti Malaysia dalam Senarai THES (200 terbaik dunia) dari Tahun 2006-2009

Segala fakta ini perlu diterima dan diperhalusi sebagai kayu ukur tentang ketrampilan universiti-universiti Malaysia di peringkat global. Kepada UM, tahniah kerana menyedari akan kejatuhannya sebelum ini dengan berusaha memperbaiki kedudukan tersebut untuk berada pada tahap yang boleh dibanggakan kali ini. Mahu tidak mahu, terima ataupun tidak, UKM,USM,UTM, dan UPM serta universiti lain di Malaysia, patut mencontohi UM.

Tuntasnya, UM terus menjadi universiti perdana dan terunggul negara secara realiti pada hari ini dan bukan sekadar bersandar pada gelaran universiti tertua negara. Layaknya, UM yang tertua dan terunggul dengan mengetuai barisan universiti lain di Malaysia. Namun, untuk semua universiti di Malaysia, teruslah berusaha meningkatkan kualiti kampus masing-masing agar kita tersenarai dalam 200 terbaik dunia untuk masa hadapan. UM, jangan berpuas hati dengan apa yang diraih pada kali ini sebaliknya perlu lebih sedar ruang akan kedudukannya yang perlu terus dibaiki kerana pernah berada pada tahap yang lebih baik sebelum ini; tahun 2004(89 terbaik dunia).

Secara ringkas, di bawah adalah kedudukan 5 universiti terbaik Malaysia:


1
 




 2




3
 



 4




5









Sunday, September 27, 2009

C.I.N.T.A = Peras Ugut E.M.O.S.I




Putus kasih... itu kata akhir dari dikau
Putus kasih... mengapakah itu yang kau pinta
Putus kasih... buatku berlinang airmata
Mengapa begini..Berakhirnya cinta
Yang telah bersemi kian lama

Puas ku bertanya..Puas ku merayu
Namun putus kasih ..Itu yang kau mahu...


(putus kasih_datuk syarifah aini)


Kini kau datang kembali
Memohon maaf dariku
Ku tak sudi memandang mu
Pergi kau dari hidupku

Tak usah kau menyesali
Cinta bagi ku sekali
Kini silakan kau pergi
Sedikit ku tak kecil hati

Tiada lagi maaf bagimu
Hati ku takkan terpujuk lagi
Suatu masa dulu kau tinggalkan daku
Yang dahagakan cintamu


(tiada maaf bagimu_datuk syarifah aini)




Biarlah aku..Sendiri dengan rindu
Masa yang menawarkan
Segala kepedihannya
Ku yang terseksa
Ku hadapi dengan rela
Ku jadikan segalanya
Teladan titi usia
Di suatu masa..Mungkinkan tiba
Apa sebenarnya
Di dalam cinta



(terlerai kasih_ziana zain)



Bila engkau berdusta
Dengan kata cinta
Nyata keikhlasanmu hilang dari jiwa
Perasaan ku ternoda
Dibuai dalam hampa
Tidak ku duga..Aku terpedaya

Walau sukar dilalui hari hari yang menanti
Akan ku tempuh dengan harapan
Cahaya cinta akan bersinar lagi


(sedingin mana cintamu_dayang nurfaizah) 






bait-bait  lirik di atas bercerita tentang cinta..apa sebenarnya cinta?cinta adalah dusta!benar ia menyiksa?masakan aku terluka...emosi  bergelut sendiri..meracau  dalam hati..mamai mencari erti..dengan roh yang mati...apa itu  satu  peras ugut?atau sekadar mainan perasaan yang tiada kasihan belas?mengapa ada yang terhiris dek cinta?adilkah bagi mereka yang memainkannya?biar apapun alasan dalamnya....C.I.N.T.A  sesuatu yang sukar dipercaya dan di duga..biar ia datang menjelma dan pergi tanpa rela...


Friday, September 25, 2009

NOSTALGIA AIDILFITRI

SALAM LEBARAN....

yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH
yang indah itu SALING MEMAAFKAN

"Salam aidilfitri maaf zahir dan batin"




Hati ini tersentuh tatkala suara takbir memecah langit malam lebaran...sayup dan sayu penuh keinsafan bila mana alunan pujian itu menggamit memori aidilfitri...terasa bersih tika semusim ramadan kunjung tiba penuh keredhaan...aku meminta agar kali ini biarlah rindu di subuh syawal berlabuh dengan rasa tenang yang abadi...untuk saudaraku yang dahulu pergi menghadap Ya Rabbi...kurentang doa untukmu kakanda...sambutlah salam rindu antara dua dunia..sesungguhnya terpisah kamu dan aku jua keluarga, bukan perpisahan yang perlu ditangisi..sebaliknya ia satu ketentuan yang tertulis sejak azali dan hikmahnya kami rasai kini..12 tahun kau tinggalkan kami..masih lekat ingatan 15 ramadan terakhir...kau...yang kami rindui..abadi dan tenanglah kamu di sana bersama basah simbahan doa yang kami curah antara dua nisan sebuah pusara.....ALFATIHAH...


tibanya syawal tanda ingatan.. ku kirim rindu di angin lalu.. kasih yang hilang.. ku hulur tangan.. di aidilfitri..ku pohon restu buatmu kasih.. di aidilfitri.. mengimbas daku kata-katamu.. andaimu tiada.. disisiku lagi merentang doa.. ikhlas dariku.. sesaat takbir bergema.. selama itu dikau di hatiku doaku kirim.. buatmu kasih.. di aidilfitri.. ikhlas dariku.. di hening subuh.. di pagi raya.. doaku pohon buat yang tiada.. air mataku tabur bersama.. terkenang daku.. takbir bergema.. selama hayatku ada.. di hari yang mulia.. hari raya padamu kasih.. di aidilfitri terkenang daku.. cinta yang satu..



Tuesday, August 25, 2009

MAKAN PASIR


Tahniah kepada PAS yang berjaya mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir , Pulau Pinang.
Inilah satu satunya kerusi yang dimiliki Pas di Pulau Pinang dan kubu kuatnya sejak pilihan raya umum 1999. Dengan majoriti agak besar ; 4551 undi (menyusut sedikit berbanding pilihan raya umum 2008-5433 undi) Ustaz Salleh Man diumumkan secara rasmi sebagai ADUN kawasan tersebut setelah berjaya menjamu pasir pada lawannya dari UMNO-BN.

Sekali lagi UMNO menerima tamparan hebat setelah setakat ini gagal memenangi sebarang kerusi pilihan raya kecil di Semenanjung. Moga yang menang teruskan tanggungjawab dan laksanalah amanah yang disandarkan kepada anda sebaiknya.

Tahniah kepada seluruh jentera pilihan raya Pas dan Pakatan Rakyat yang merealisasikan kemenangan ini. UMNO perlu lebih muhasabah, dan membaiki silapnya agar mereka tahu dan faham mengapa UMNO terus ditolak rakyat.

ANDAIAN SAYA MENGAPA UMNO KALAH JUA DI PERMATANG PASIR??!!...
  • Provokasi melampau media yang ditunggangi UMNO (media terlalu memencilkan keupayaan PAS dan calonnya malah menjaja calon UMNO berlebih lebihan)
  • Isu SYURGA Tuan Guru Nik Aziz (rakyat marah kerana ada pihak tertentu cuba mengaibkan ulama RABBANI seperti TOK GURU- memperkecilkan Nik Aziz dan memutarbelitkan kenyataan TOK GURU)
  • Isu kreadibiliti calon UMNO (masalah moral)
  • Gerak kerja jentera pilihan raya Pakatan Rakyat mantap berbanding UMNO-BN
Andaian saya buat berdasarkan pengamatan lensa politik saya sendiri; pertama, sebelum penamaan calon lagi..UMNO sudah mula berkempen menggunakan media arus perdana malah sehinggalah hari penamaan dan membuang undi. Saya naik mual menonton berita RTM dan TV3 yang tak jemu-jemu menyiarkan kempen calon UMNO sedangkan calon Pas tak di fokuskan langsung. Kedua, isu syurga..saya rasa terguris bila ada pihak yang menghentam TOK GURU habis habisan mengenai isu itu. Mengapa media tak beri laluan kepada Nik Aziz untuk membuat satu kenyatan balas kepada dakwaan itu, malah ada pihak membuat kesimpulan awal akan kradibiliti Nik Aziz hanya bermodalkan isu yang dilelong di akhbar-akhbar. Saya percaya rakyat marah dengan cara Nik Aziz dihentam. Saya sendiri tidak percaya dengan cakap cakap awal dan laporan media cetak atau elektronik kerana isu Tuhan Samseng dan Barua pernah dilego di kaya tv dan dada akhbar. Nyata.. Nik Aziz BENAR..
Seterusnya, isu moral CALON UMNO; ROHAIZAT... cukup dengan kenyataan dari majlis peguam, imej Rohaizat sudah tercalar..masalah moralnya yang lain saya tak pasti..mungkin benar mungkin tidak..tetapi saya percaya isu ini tetap memberi impak kepada UMNO. Akhirnya, kekuatan jentera parti dari Pakatan Rakyat nyata lebih semangat juangnya berbanding UMNO-BN. Kesungguhan berkempen yang ditunjukkan terserlah di mata saya tanpa mengira pagi petang siang malam..LAWAN TETAP LAWAN!

Apapun. . . tahniah kepada PAS dan Pakatan Rakyat. . . dan UMNO bagunlah dari menyembah pasir ...

Friday, August 21, 2009

aduhai MALAYSIA...



ADUHAI MALAYSIA..
RAKYATMU MASIH LEMAH?

ADUHAI MALAYSIA..
MINDAMU MASIH DIJAJAH?
EKONOMIMU MAKIN REBAH?

ADUHAI MALAYSIA..
APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA?
BERTAMBAH MEGAH ..
ATAU..MAKIN MENYEMBAH?

ADUHAI MALAYSIA..
NEGARA YANG MEWAH RAKYATMU MERIAH..

ADUHAI MALAYSIA..
APA JENIS POLITIKUS YANG MEMERINTAH?
ADA RAKYAT DILAYAN BAGAI SAMPAH..
ADA PEMIMPIN MINTA DISEMBAH..
SANA SINI BERTELAGAH..
GADAI TEBUS DAN JUAL MARUAH..

ADUHAI MALAYSIA..
52 TAHUN MERDEKA SUDAH..
LAYAKNYA ENGKAU SELESA BERJEMAAH..
TAPI MENGAPA MASIH KALUT BERDEKAH?

ENTAHLAH MALAYSIA..
TUHAN LIMPAH DENGAN BARAKAH..
KUFUR NIKMAT ENGKAU SEDEKAH..
HASILMU DIGALI DARI BAWAH..
REZEKI TUHAN TAK JEMU MENYIMBAH..
MASIH KIKIR MENGAGUNG AGAMA ALLAH?

MACAM MACAM MALAYSIA..
GADUH GADUH GADUH ... APA KEJADAH?
BALIKLAH SUJUD SEJADAH..
TAK SALAH IKUT JALAN IBADAH..
MOGA SYURGA MINGHIJAB TADAH..

SIAPAPUN PENGKHIANATMU MALAYSIA..?
DIALAH YANG MENGGADAI BAHASA..
DILELONGNYA IMAN BANGSA..
MEREKALAH YANG MEMPERSENDA AGAMA..
DIGADAINYA ROH SEBUAH NEGARA...

ADUHAI MALAYSIA..
SUDAH..SUDAH..SUDAH..
ARAHKAN LANGKAH KE SATU KIBLAH..
PERJUANGKAN SEGALA YANG SUNAH..
TEGAKKAN DASAR KITAB RASULULLAH..

MALAYSIA..OH.. TANAHAIRKU..
KAU AKAN DISINARI CAHAYA INDAH..
HASIL PERJUANGAN YANG DIKERAH..
OLEH WALI DAN WARIS YANG MEMERINTAH..

MALAYSIA..
ENGKAU SATU-SATUNYA MALAYSIA..
TERINDAH DI DUNIA..
MALAYSIA..
MEMANG KAU 1 MALAYSIA..
TIADA 2 DAN 3 MALAYSIA..
SAAT KEMENANGAN MAKIN EGAH..
KITA TERUS LAUNGKAN KALIMAH..
UNTUK BINASAKAN PENGKHIANAT UMMAH..

TAKBIR...!
NEGARAKU..MALAYSIA!
TAKBIR..!
BAWAH PIMPINAM ULAMA!
TAKBIR...!
ALLAH MAHA KUASA!
MINTA MALAYSIA SEJAHTERA..
BAWAH TERANG CUACA..
SINAR BULAN PURNAMA..
AGAR BISA TERTEGAKNYA..
DAULAH ISLAMIAH..NEGARAKU.. MALAYSIA!
TAKBIR...!

Monday, July 27, 2009

sunyi menjelang aidilfitri


alhamdulillah...

Saat aku coretkan bingkisan ini, sudahpun kita (umat islam) menempuh sya'ban.
Semoga dengan langkah yang tak seberapa lagi kita akan bertemu ramadan dengan selamat..insyaALLAH. Namun, belum lagi sinar ramadan berkunjung tiba, sayu hati mula terasa.. dingin dan sendu membalut kalbu..

Aku peminatnya..setiap kali tibanya puasa.. aku nantikan kehadiran buah tangannya di skrin televisyen yang diterbitkan oleh sebuah stesen tv ternama negara. Sentuhannya unik...penuh moral, dan mencabar pemikiran hati. Ada sesuatu yang ingin disampaikan...biar cuma dengan patah kata tanya, .. 'burung apa?' 'burung murai !'....'burung apa?', 'burung murai!'.....

Dia.. aku kenali juga melalui hadiah hari kebangsaan untuk seluruh rakyat Malaysia.. yang sedih nya lagi, sambutan kemerdekaan negara akan disambut dalam bulan ramadan.. bukan sedih sebab tak dapat sambut dengan hiburan yang melampau.. namun buah tangan dan hadiahnya tak akan aku rasai, hadiah raya mahupun merdeka..... kerna begitu sinonimnya dia dengan merdeka dan raya...
Kali ini di bulan ramadan dan hari kebangsaan yang akan datang kita pula berikan dia buah tangan dan hadiah... AL-FATIHAH.

Semasa hayatnya, beliau diburu kontroversi yang melampau sehingga berbau makian dan cacian.. sindiran keras dari sahabat perjuangan dan mereka yang buta hati menilai... hari ini sesudah beliau menghadap ILAHI manis pujian dilemparkan padanya... Begitulah realiti hidup manusia.. ketika ada tak dipandang walau sebelah mata namun sudah tiada baru nak mengenang jasa dan pengorbanan...

Biar singkat hidupnya dilayar perak sebagai 'pencemar budaya', namun hasil kerahan minda dan tenaganya, cukup membanggakan berbanding mereka yang sudah bergelar jutawan drama filem, malah mempunyai produksi yang gah nama dengan puluhan drama filem sepanjang tahun yang langsung tak berbunga hasil karnya mereka..

Biarlah beliau dengan 2 3 buah filem cuma, namun kesannya mengangkat nama negara, bangsa dan agama daripada 4 5 ratus filem yang hanya memomokkan pemikiran bangsa, negara dan agama. Itulah dia... yang aku minati..kagumi..dan sanjungi..

Semoga ramadan dan kemerdekaan kali ini kita hayati dan kenangi beliau sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, iklan drama mahupun perfileman negara.. dia....

rabun, sepet, gubra, mukhsin, muallaf dan talentime..
takziah atas pemergian beliau..
ALLAHYARHAM YASMIN AHMAD..
AL-FATIHAH

Thursday, July 23, 2009

Perbezaan PAS dan UMNO ...


Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.


Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.


Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.


Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.


Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.


Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.


Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.


Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.


Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?


Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.


Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.

sumber>
Dato’ Haji Harun Bin Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Sunday, July 12, 2009

Pemansuhan PPSMI (kemenengan rakyat marhain)

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengalu-alukan tindakan pihak kerajaan memansuhkan dasar PPSMI yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran sejak dari tahun 2003. Tindakan pemansuhan ini adalah juga hasil dari kempen berterusan dan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pejuang bahasa, pakar pendidikan, pengkaji, ibubapa pelajar, badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti politik seperti PAS dan pelbagai lapisan masyarakat.

Keputusan pemansuhan ini dilaksanakan setelah ratusan juta wang rakyat dihabiskan untuk melaksanakan satu dasar yang tidak mengalami proses kajian dan perbahasan yang teliti, disamping ianya adalah merupakan satu ujikaji yang akhirnya mendatangkan kesan yang buruk
kepada generasi anak-anak. Para pengkaji dan ibubapa juga sebenarnya telah menilai prestasi pelajar dan jurang pencapaian matapelajaran Sains dan Matematik yang semakin melebar di antara pelajar luar bandar dan di kawasan kosmopolitan.

Selain dari penekanan Bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan, PAS juga berpendapat bahawa bahasa-bahasa ibunda yang lain juga perlu diberi ruang yang secukupnya untuk dipelajari oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.

PAS juga menyeru pihak kerajaan supaya memperbetulkan kesilapan lalu apabila pihak kerajaan pimpinan UMNO juga meneruskan sistem yang melemahkan Bahasa Melayu dan peranannya dalam ilmu sejak beberapa dekad yang lalu apabila digubal Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Tindakan ini sangat memalukan kerana rakan-rakan kita kaum Cina dan India dapat mempertahankan tulisan dan bahasa masing-masing, sedangkan tulisan jawi Bahasa Melayu dipinggirkan oleh dasar yang digubal oleh UMNO sendiri. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa melayu bertulisan jawi juga mestilah diperkenalkan semua.

PAS berpendapat bahawa episod ini menyerlahkan beberapa kepincangan dalam pengenalan dasar dan pelaksanaan oleh kepimpinan negara.

Pertama, dasar yang sebegini besar dan melibatkan beberapa generasi pelajar khususnya, seharusnya melalui proses kajian dan perbahasan yang lebih mendalam sebelum ianya dapat dilaksanakan. Ianya bukan sahaja melibatkan perbelanjaan yang menjangkau ratusan juta ringgit, tetapi juga telah menjadikan pelajar sebagai satu objek ujikaji dengan membuat dasar berpandukan kepada pandangan satu dua orang pemimpin negara semata-mata. Dalam hal ini juga, pihak kerajaan hanya memandang sepi dan menunjukkan sikap berdegil terhadap semua pandangan yang mempertikaikan keberkesanan PPSMI di awal pengenalannya. Kedua, pihak kerajaan tidak mempunyai satu mekanisme yang cekap dalam membuat penilaian segera terhadap pengenalan dasar ini, terutamanya dari segi keberkesanan dan juga audit perbelanjaan peruntukan yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya.

Seluruh episod ini sebenarnya menyebabkan kita juga berhak mempersoalkan kewajaran dasar-dasar besar yang lain, samada telah melalui proses-proses yang ketat sebelum ianya diperkenalkan.



Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS


Friday, June 26, 2009

salam untuk semua ...
Alhamdulillah.. sudah lama tak menekan butang di papan kekunci ini..
Pertamanya, syukur kepada yang Maha Esa atas rezeki yang diberikan dalam pelajaran yang sedang diikuti. Terima kasih jua kepada semua tenaga pengajar semester lepas (sem2 sesi 08/09) atas tunjuk ajar kalian. Syukur dengan kejayaan yang diperoleh, (walau ada penurunan PNG namun PNGK terus meningkat). Alhamdulillah.
Seterusnya diharap pada semester kali ini akan bertambah kekuatan menjalankan tanggungjawab dalam apa jua urusan yang di amanahkan,(dengan izin Allah).
Untuk semua kalian yang membaca moga kita terus sukses dalam segenap hal yang dilakukan. amin..

Thursday, April 23, 2009

alhamdulillah


Salam... setelah lama "berehat" dari bernafas malaikat, setelah hampir sebulan lebih tidak menghidupkan roh blog ini, maka kesempatan ini ingin saya luahkan seribu kesyukuran kerana hari ini ada kelapangan waktu untuk menulis semula... sibuk dengan pelbagai program di peringkat fakulti dan pimpinan universiti, malah dengan kerja kursus pelajaran membuatkan saya tidak berkesempatan untuk menatap blog sendiri selama tempoh itu..

Kini semuanya telah berjaya diselesaikan.. dan besok(25 april 2009) bermula pula episod genting dalam pelajaran yang mana merupakan hari pertama menempuh peperiksaan semester 2 bagi sesi 2008/2009.

Ingin sekali memohon restu dari ayahanda-ayahanda dan bunda yang mencurahkan bakti ilmu padaku sepanjang perjalanan semester ini. Ujian dimulai dengan Pengurusan dan Pemasaran Kesusasteraan Melayu (prof.dr.mohamad moktar abu hassan/25.4.09), Penulisan Kreatif Teori dan Amali 1(hj. samsudin othman/25.4.09), Semiotik Bahasa Melayu (dr, ibrahim hj. ahmad/29.4.09), Analisis Bezaan dan Analisis Kesilapan Bahasa Melayu(prof.madya.dr.puteri roslina abdul wahid/30.4.09), Sintaksis Bahasa Melayu (dr.saiful haq hussin/2.5.09) dan Gender dan Seksualiti(4.5.09)..

Semoga dengan doa dan berkat ilmu yang dicurahkan dapatlah saya menghadapinya dengan penuh kelapangan dan ketenangan... amin...


mohon agar ALLAH perkenankan aku sekali lagi... dekan untuk semester ini... amin

Thursday, February 26, 2009

Dua isu "terpencil" Kolej 10 UM dapat reaksi dua perwakilan MPM

zakiUniv.Malaya 25 Feb. 8.38am | Beberapa isu terpencil berhubung kebajikan mahasiswa di Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi, mendorong dua ahli perwakilan MPMUM Sdr. Mohamad Hafiz Ilyas dan Mohd Zaki Abdul Halim bertemu pihak berwajib di sini kelmarin untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Isunya denda RM1 setiap siswa jika ada polistren di aras masing-masing. Satu lagi,isu pemotongan perkhidmatan internet. Walaupun ia isu terpencil, namun wajib dibela demi kebajikan mahasiswa,” jelas Sdr. Mohamad Zaki Abdul Halim.

Beliau juga menyifatkan kedua-dua masalah terpencil ini membebankan mahasiswa kolej tersebut.

Tambahnya lagi, dilaporkan mahasiswa di sini tidak mempunyai pilihan kecuali terpaksa mengikut peraturan dan pekeliling yang membebankan.

Beliau juga menyatakan komitmen bersama untuk turun memperjuangkan isu terpencil tersebut sekiranya tiada apa-apa tindakan lanjut oleh pihak berwajib.

Saya dapat makluman bahawa permohonan disambung semula perkhidmatan internet di sini telahpun diusulkan kepada pentadbiran kolej. Kita melihat inisiatif JTK patut disokong semua pihak dan kita (MPMUM) tidak teragak-agak untuk campur tangan sekiranya permohonan (JTK) tersebut tidak dilayan, jelas Mohamad Zaki Abdul Halim.

Kata Zaki lagi, segelintir mahasiswa di sini telahpun merancang untuk membuat bantahan sebelum ini, namun berjaya dibendung oleh pihak tertentu di peringkat kolej kediaman.

isu10thSdr. Hafiz Ilyas pula menyatakan niat asal untuk mencegah penggunaan polisterin sangatlah baik demi mewujudkan suasana yang kondusif, tetapi pendekatan yang dipraktikkan membebankan mahasiswa.

Dalam pertemuan lebih satu jam dengan Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) Kolej Kediaman Kesepuluh di sini, Presidennya Sdr. Nur Diyana Sallehuddin memaklumkan bahawa pihaknya sedang menyelesaikan kedua-dua masalah terpencil tersebut.

Sdr. Mohd Hafiz Ilyas merupakan Naib YDP 1 Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) yang telah mendapat undi tertinggi dalam pilihanraya kampus baru-baru ini; manakala Sdr. Mohamad Zaki Bin Abdul Halim merupakan Exco Kebajikan & Aduan MPMUM.

Kedua-dua Ahli Perwakilan MPMUM tersebut mengulangi tekad dan harapan agar kedua-dua isu terpencil tersebut dapat ditangani bersama demi kebajikan hak mahasiswa. -mahasiswakini

Thursday, February 19, 2009

ceritera pandak ; NASUHA


NASUHA
Oleh Mohamad Zaki Abdul Halim


HIDUP ini umpama puing-puing. Terbang di awangan. Merela diri ditiup angin. Logikanya, ia tiada berparuh, tidak bersayap untuk menghala arah sendiri. Maka melarut ia dalam dingin dan panas udara langsung menjadi debu mengelilingi perjalanan sebuah kehidupan. Halus tetapi sejauh mana mulusnya. Kudus yang belum menjamin ketulusannya. Hanya hati yang cakna dan tersentuh dapat menterjemahkannya. Jalanan ini bukan hanya meniti dunia, malah alam abadi menjadi sandaran agama. Apa yang dilakar ketika ini, akan diwarnai pada waktu kemuncak cinta-Nya. Hitam putih wajah kita akan disinari syafaat dan iradat-Nya. Namun, masih menjadi tanda tanya, apa harus dibiarkan hidup ini di hembus bayu? Atau lebih molek menjadi lalang yang lentok nasib hidupnya ditentukan pawana?

Hidup ini terlalu objektif. Mengenal pahala dan dosa. Kadang kala menjadi subjektif, ada harus dan makhruh selain haram halalnya. Itu cuma suatu rukhsah dan kelonggaran yang memungkinkan manusia menjadi lalai, abai, cuai dan longlai. Tetapi, hanya iman yang ghaib itu sebagai imam dan radar petunjuk jalan. Ianya adalah sandaran yang teguh bila i’tikad;lafaz;kerja-buat menjadi satu. Di sinilah istiqamah itu perlu menerobos segala gejala yang menjadi krisis kehidupan. Ia harus menjadi pendinding yang memahatkan kekuatan hati. Mengemudi luan nafsu yang tiada tepian tika ombak kejahatan mula bergelombang - memukul persisir yang mudah hanyut dibawa deras. Benteng inilah bisa meredakan gejolak batin yang tak sudah-sudah meluap. Maka nafsu itu harus dipandu dengan hemah agar senantiasa berada pada saf yang hakiki. Melawannya adalah satu peras ugut emosi. Penentuan kalah mati kehidupan. Inilah satu perjalanan merentas hakikat perasaan. Menyedari hakikat hidup yang fana ini, terdetik di celah sanubari hati Danny bahawa harus ada garis penamat dalam kesongsangan hidupnya. Noktah segala kejahilan yang perlu diakhiri dengan sejuta penyesalan. Kesal yang benar-benar sesal.



*************************************************************************
Roh jahat itu menyisip masuk lalu memandu akal dan nafsunya untuk berentap di ranjang jahanam. Jahanamnya sebuah malam yang menjadi tanda tanya akan keikhlasan hati seorang lelaki bernama suami. Dayus dia bila mana tewas pada saat malam senggama pertama. Kalah sebagai seorang lelaki dan jantan sejati.
**************************************************************************

Salam cinta memutik semekar mawar berduri. Menguntum senyum seceria warna kelopaknya. Dalam keadaan bugar, aku menarik nafasku. Rebana jantung ini semakin kuat bergendang. Berdemtum bak guruh menyabung. Wajahnya yang menjadi dambaanku selama ini membuatkan aku mula gelisah. Dalam naik turun nafas, kujunjung namanya. Sempurna seperti yang diimpikan. Lengkap sebagaimana yang dimimpi. Segalanya terserlah ghairah dari setiap segi-segi dan di celah-celah sudut tubuhnya.


Aku mula menyoal akan kekuatan batinku. “Mampukah aku menguasai permainan ini? Dan bisakah aku menewaskannya dalam dendam amarahku, atau aku yang tewas dek kehebatan caturannya?” Aku bermonolog sendiri sambil membalas senyumnya dan tertib menghulur jabat.

Lalu, dalam renyai hujan itu kami berlalu meninggalkan tempat jejak pertama perkenalan dan pertemuan. Melangkah ke pentas bangsawan untuk bertarung kekuatan batin yang dirasakan mesti dinikmati sepuasnya. Hujan masih renyai di luar. Seolah menghamparkan suasana manja untuk kami. Dingin dinihari tak terasa lagi. Seluruh tubuh mula panas menghaba. Geletar lututku tika jari-jemari mula menjalar mencari titik permulaan sebuah drama cinta. Malam ini milik aku, ‘dia’ dan kami. Ranjang ini terhias indah untuk sebuah kenikmatan yang menyatukan jiwa menjadi tunggal. Kamar ini merah kekuningan menghamburkan cahaya romantis untuk sebuah kemesraan. Alunan balada cinta sayup menusuk cuping telinga. Segalanya tersedia untuk sebuah pengalaman pertama dan terakhir dalam sejarah hidup aku sebagai lelaki, suami dan …dot…dot…dot…


Panas nafasnya membius seribu kedinginan suasana. Dapatku rasa mesranya belaian manja sebuah cinta. Dinginnya getaran asmara dan sentuhan mula bermakna. Permainan ini aku mulai dengan semangat keghairahan yang sungguh teruja. Kukucup mesra dahinya sambil ciuman itu melata ke hujung daun telinganya lalu kutahmidkan ayat-ayat cinta, “tiada lagi cinta selain dirimu, kau yang terakhir kucintai”. Kata-kata itu membuat darah perawannya berderau dan membuah sekuntum senyum dari nipis bibir yang mengiurkan. Raksa merah yang mengalir dalam jasadku makin kencang berlari. Lebih laju dari biasa, bergerak pantas dari hujung kaki ke hujung kepala.

Maka, hujan yang masih renyai sebentar tadi mulai lebat menyimbah ke bumi tika jam di dinding sudah tepat jam 2.46 minit pagi. Asmaradana dua tubuh menjadi satu dan mula memberontak wataknya. Jika dalam perjalanan sebuah cerita, inilah masanya konflik mewarnai cerita itu. Dan, dalam permainan ini, ia adalah sebuah pengembaraan yang ketika ini baru memulakan langkah kembaranya. Dalam kesesakan nafas yang bergelombang, aku masih sempat berdialog sendiri. “Inilah yang aku cari, dan cukuplah ‘sekali ini’ dan setakat ini”. Namun kuyu matanya menjiwai watak pada malam itu mematikan monologku. Yang bertambah yakinnya, aku harus berani menamatkan sebuah cerita yang tak berkronologi ini. Aku, ‘dia’ dan kami makin hanyut. Membelai, membuai, dan menyemai benih kecelakaan di ranjang serakah. Membiarkan nafsu buas mengaum.

Dayungan cinta sudah jauh ke tengah segara. Di sinilah mula tampak dalam samar-samar sebuah pulau destinasi aku dan ‘dia’. Makin deras kocakan ombak semakin memercik keringat tubuh. Masih lagi bertahan menongkah arus yang datang menggulung. Kepuasan ini hanya tercapai pabila sampai ke destinasi yang dicita. Celakanya, ku sangka panas hinggga ke petang rupanya hujan di tengah hari. “Danny…Danny…Danny…”, ada suara yang menyapaku. Malaikat mana yang berani memanggil namaku di saat-saat genting menamatkan percaturan sebuah permainan kalah mati emosi. “Hentikannya Danny! Sudah sampai di sini, istighfar Danny……istighfar..” Zikir siapa yang menyanyikan nama aku? Yang berani meyuruhku memaling belakang mengenang dosa semalam? Lalu, tewas aku dek tersentap sapaan itu. Kalah aku sebelum sampai ke puncak sebuah cerita yang konfliknya tergantung. Mati. Layu pucuk nafsu yang sebentar tadi dipandu keghairahan yang menggila. Membabi buta menyondol mangsa tanpa rasa bersalah melawan fitrah ! Aku tewas dalam pergolakan sandiwara ini.

“Berdosakah aku?”. “Apa itu sebuah kezaliman cinta?”. Detik hatiku.
“Astaghfirullah..”, mengucapku panjang dalam indah istighfar. Dengan tiba-tiba aku sedar dari kegelapan semalam. Rupanya terpalit dosa di sebalik indah cahaya merah kuning lampu kamar. Aku mula sedar, mulai tersentuh dengan sapaan suara ghaib yang bertasbih menyebut namaku.
“Ya Allah, apakah taubat aku diterima-Mu selama ini?”
“Ya Rabbi, berdosakah aku dalam permainan ini?”
“Mengapa ini terjadi?” Getar suara jiwa kacauku.

Berzina aku tanpa disedari. Berselingkuh dalam kekalutan identiti. Bercelaru. Mana tak kelirunya, malam pertama yang harus aku layari bersama seorang wanita bergelar isteri, hancur dek roh iblis menguasai diri. ‘Dia’ datang lagi. Tapi mengapa malam ini? Mengapa roh jahatnya itu menghantui jasad ini, sedangkan bukan hanya ‘dia’ yang pernah aku layani. Lebih dan banyak lagi yang pernah menemani malam-malam durjanaku. Yang pernah membaluti tubuhku dalam selimut haram itu. Ketika ini, persoalan demi persoalan membelenggu akal dan fikiranku. Di dasar tasik hatiku ini sudah bercelaru. Hatiku dirobek keresahan yang menggerutu. Hanya pada Allah yang maha berkuasa aku bercerita. Hanya Allah tuhan empunya dunia yang memahami segala rahsia. Dalam culang caling kegelisahan dan rasa berdosa itu, bayangan ‘dia’ mengekoriku sentiasa. “Mengapa kau juga yang kurindu, walau sudahku tahu payah bersatu hidup denganmu?” Soalku, kecewa dan hampa. “Aku pun tidak tahu, apa yang ingin Tuhan tunjukkan? Adakah ini dugaan-Nya?” Ngomel aku lagi dalam seribu keliru.

Tatkala itu, ‘dia’ masih terkujur lali dalam mamai yang gemalai. Entah dia merasai ejakulasi sebuah permainan ‘terlarang’ ini? Sedangkan aku terkaku murung di sudut ranjang yang sudah diwarnai hitam dosa semalam. Jauh di sudut kepala katil, kujur tubuh itu mula duduk tercongok kebingungan. Tubuh yang berbalut gebar asmara malam pertama. Tubuh yang telah dimamah nafsu syaitan sang suami. Tubuh yang menggigil dalam sedu sedan tangisan. Raut wajahnya pula penuh tanda tanya mencari jawapan dalam kegelapan hati. Aku dapat meramal apa yang terlintas di benak akalnya. Mungkin ‘dia’ sedang menghitung senja merah di hujung sinar yang mencipta kebeningan rahsia.

Dan, dalam saat gila ini, aku cuba menghimpun kenangan dan menyimpul satu makna. Pantas aku bertanya, “haruskah aku mencari pada gunung dan lurah akan liku-liku curang insani?” “Apakah jawapan yang akan ku berikan pada sebuah wajah yang sedang lara kesepian?” Ketika itu, wajah yang tercongok tadi mula merah menyala melepaskan titis demi titis mutiara embun dari lebam kelopak matanya. Kesal dia hanya kerana aku kalah di pertengahan jalan. Kecewa dia kerana aku menamatkan mainan ini tanpa noktah yang jelas. Tapi, dia juga perlu tahu aku juga merasai semua itu. Aku lelaki. Lebih merasainya. Masakan tidak, dalam pelayaran itu, dayungku patah dan kemudiku pecah. Karam sebuah kolek ditengah luas lautan asmara. Bukan kerana lemah tapi kerana kencang angin yang menyedarkan aku bahawa perjalanan ini wajib dihentikan. Pengembaraan ini perlu ditamatkan.

Aku rapat mendapatkannya, tapi, tak bisa menyentuhnya. Terasa jijik diri ini untuk makhluk semulia ‘dia’. Daki-daki kenangan dulu perlu disamak kembali setelah cucian sebelum ini masih ada bau, rasa dan warna. ‘Dia’ cuba memelukku dalam keadaan mahu mengucap sesuatu. Tidak pantas aku membiarkan jasad yang berdiri atas roh iblis ini dipeluki seorang yang suci. Seorang wanita yang tiada dosa denganku. Jika kesedudukan kami pada malam ini adalah satu pencabulan hukum halal, maka haramnya adalah bagiku. Dosa itu aku tanggung dan tidak sekali-kali mahu sedikitpun terpalit di bahunya.

Lantas, aku bangun mendapatkan satu sudut yang menjauhinya. Aku menghayati tiap tutur bicaranya yang tersekat dalam keharuan tangisan. Kata-kata yang tidak perlu diucapkan. Ayat-ayat yang tidak seharusnya dilafazkan. Aku sedih. Aku telah menganiayai sekeping hati yang halus, tulus, mulus dan kudus. “Abang, sayang minta maaf kalau sayang tidak dapat melayani abang. Maafkan Suha jika isterimu ini tidak sesempurna yang abang mahukan”, luah sang isteri dengan rasa bersalah yang teramat. “Ini sahaja yang dapat Suha berikan pada abang sebagai tanggungjawab pertama yang harus dipenuhi dari seorang isteri pada suaminya”, kecewa lagi nadanya.

Aku lelaki. Aku harus berani mengungkap kebenaran ini. tidak ada waktu untuk berselindung lagi. Jangan biarkan isteriku, Suha, terus menghukum dirinya, walhal tidak ada salah dia padaku. Dia perlu tahu, dia sempurna melayaniku. Tetapi yang kalah, tewas dan tersungkur dalam permainan itu adalah aku. Aku hilang kawalan akal yang rasional. Nafsuku memberontak dalam keganasan perilaku roh iblisku. Inilah yang aku perlu terangkan padanya. Untuk itu, aku mesti berani hadapi sebuah kenyataan yang memeritkan. Ini rahsia aku, ‘dia’ dan dot…dot…dot…

Terbongkarlah malam itu, sebuah sejarah hitam yang kesannya membunuh jiwa tidak berdosa. Kisah lelaki yang pernah berazam bertaubat dan akhirnya berjaya menjadi pahlawan jihad. Menafikan naluri telarangnya saat cinta pada wanita bernama Suha bertasbih dan tika lafaz akad menghalalkan mereka bersama. Namun, malam pertama bersama wanitanya, barulah tampak kebenaran dan keikhlasan taubatan nasuhanya itu. Terungkaplah kisah Danny, seorang lelaki yang sempurna di mata wanita. Bidang tubuhnya gagah melambangkan kejantanan teruna. Palitan hitam sejarah lalu mewarnai hidupnya yang songsang melayani buakan nafsu. Tanpa kenal jantan betina asal puas memuntah rasa. Tidak pernah ingat dosa apatah lagi membayangkan neraka. Hidup hanya sekali, nikmati sepenuhnya selagi ada kesempatan. Itulah falsafah hidup seorang lelaki yang jiwanya berperang mencari identiti diri. Setelah kecewa dengan kefanaan cinta sejenis dan terhina itu, setelah tiada lagi nikmat dan hambar dalam setiap percaturan luar tabi’i, setelah hilang rasa puas dalam diri, maka dia berazam kembali menemui Ilahi. Seingatnya, kali terakhir sebelum dia mencuci daki-daki kisah lalu serta debu-debu perjalanan itu, dia menemui ‘semangat’ yang benar-benar hidup dalam jiwanya hinggakan roh itu menguasai diri tatkala berjimak dengan isteri. Roh sebuah permainan terakhir dahulu. Roh seorang jantan dayus dan ‘hilang anu’. Roh yang mencemari malam halal menjadi haram dengan dosa dahulu….

Friday, February 6, 2009

Watikah Perlantikan MPMUM Berjalan Lancar

Kuala Lumpur, 5 Feb - Mahasiswa membanjiri Auditorium Komplek Perdana Siswa (KPS) bagi menyaksikan acara gilang-gemilang Majlis Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Mahasiswa(MPMUM) Sesi 2008/2009 malam tadi.

Acara yang dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dato Dr. Gauth Jasmon dihadiri oleh sebahagian besarnya barisan penyokong Pro Mahasiswa disamping Pengetua-pengetua kolej, Presiden Kolej-Kolej Kediaman, Pimpinan-pimpinan front mahasiswa dan mantan MPMUM Sesi 2007/2008.

SDC14977Naib Canselor dalam ucapannya menaruh harapan tinggi kepada barisan pimpinan mahasiswa yang baru dilantik agar bersama-sama memajukan Universiti Malaya selaras dengan wawasan universiti tersebut membuat perubahan dan fokus utama sebagai peneraju kepada penyelidikan dan inovasi.

Di samping itu, beliau berpesan kepada seluruh kabinet MPMUM agar tidak leka dengan tanggungjawab sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada pelajaran.

Majlis seterusnya diakhiri dengan pemberian watikah dari Naib Canselor kepada semua ahli cabinet MPMUM dan pemberian fail pengurusan MPMUM sesi 2007/2008 sebagai simbol pemberian mandat kepada kepimpinan baru.

Berikut merupakan Kabinet MPMUM Sesi 2008/2009

Yang Dipertua Mohd Ridzuan bin Mohammad

Naib Yang Dipertua Chong Yah Huei

Timbalan Naib Yang Dipertua 1 Mohamad Hafiz bin Ilyas

Timbalan Naib Yang Dipertua 2 Yap Zhen Jun

Setiausaha Shah Rizul Ayuni binti Zulkiply

Timbalan Setiausaha 1 Nurul Fitrah binti Mohd Ariffin Marican

Timbalan Setiausaha 2 Low Yu Jie

Bendahari Benjamin Ong Jia Ming

Timbalan Bendahari 1 Ahmad Syazwan Muhammad Hassan

Timbalan Bendahari 2 Kokilavani A/P Sanmugam


Biro

Akademik dan Penyelidikan

Muhammad Khiratti bin Mat Zainal (Pengerusi)

Yeoh Onn Take

Amos Aw Teik Onn


Penerbitan dan Penerangan

Norzilah Jailani (Pengerusi)

Bong Kim Kien

Yau Chun Hou


Kepimpinan Kerohanian dan Pembangunan Insan

Mohd Aizat Mohd Salleh (Pengerusi)

Tan LEan Choon

Mohd Taufiq bin Sujangi


Hal Ehwal Wanita

Maryam Muneerah binti Ahmad (Pengerusi)

Nurul Jannah bte Ismail

Nor Hidayah binti Haji Nor Hassan


Ekonomi, Keusahawanan dan Kerjaya

Lee Keang Kiet (Pengerusi)

Masaida binti Mohamed Sulaiman

Muhamad Afiq bin Zaini Alamar


Perpaduan dan Kemasyarakatan

Timothy Cheng Tsin Jien (Pengerusi)

Burhanuddin Hilmi bin Mophamad Khalid

Evaely Sabet Saribu Raja


Sukan, Kesenian dan Kebudayaan

Nurul Falina binti Azizan (Pengerusi)

Mohamed Nashrudin bin Naharudin

Ng Boon Kwang


Penginapan Kolej Kediaman dan Luar Kampus

Mohd Fadzil Jamal (Pengerusi)

Helmy Faliq bin Zulqarnain

Tee Wooi Keat


Perhubungan dan Pengantarabangsaan

Nor Azween binti Mohamed Iqbal (Pengerusi)

Lim Bee San

Ng Rui Wei


Kebajikan dan Aduan

Mohamad Zaki bin Abdul Halim (Pengerusi)

Mihd Mukhlis bin Azmir

Nur Atiqah binti Mohamad Khir

Saiful Redzuan bin Yusoff


-mahasiswakini

Bahasa Melayu Ada Nilai Ekonomi Tinggi - Mohamad Zaki


Isu penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kepada pengajaran subjek Sains dan Matematik semakin hangat dibincangkan. Isu ini dibincangkan di semua peringkat sama ada nasional dan di dalam kampus. Tambahan pula, Gerakan Anti PPSMI (GAP) ditubuhkan oleh beberapa golongan professional yang telah membuat penilaian kritikal tentang dasar ini bakal menyerahkan memorandum dan mengadakan rapat umum pada 15 Februari ini.

Menyelami isu PPSMI dari kaca mata mahasiswa, bersama wartawan Mahasiswakini, MOHD SAID SABIR telah berkesempatan untuk menemuramah saudara MOHAMAD ZAKI ABDUL HALIM selaku wakil fakulti Akademi Pengajian Melayu yang telah memenangi kerusi akademi tersebut pada Pilihanraya Kampus Universiti Malaya bulan lepas. Ikuti penjelasan beliau permasalahan yang berlaku dan suasana sebenar dalam isu PPSMI ini.

MAHASISWAKINI:Apa perkembangan terkini saudara dalam beberapa minggu ini setelah memenangi kerusi sebagai wakil fakulti bagi Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya?

MOHAMAD ZAKI: Sudah memulakan kerja diperingkat awal. Selesai sudah pembentukan kabinet MPMUM. Dan sekarang sedang menjalin kerjasama dengan pihak pentadbiran fakulti untuk memulakan gerak kerja bagi menunaikan janji manifesto. Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan gigaan terima kasih kepada pengundi akademi pengajian melayu yang telah memberi amanah serta kepercayaan kepada saya untuk membawa perubahan serta membela kebajikan warga APM. mohon kerjasama dan sokongan berterusan daripada seluruh mahasiswa APM.

Berkenaan isu ‘penggunaan Bahasa Inggeris bagi pengajaran Sains dan Matematik’ , secara asasnya, apa pendirian peribadi saudara?

Tidak bersetuju dengan dasar kerajaan ini sejak awal perlaksanaannya.

Apa masalah utama dan teras perjuangan dalam isu anti PPSMI dan Gabungan Anti PPSIM (GAP) ini? Boleh saudara perincikan sedikit?

Masalahnya, kita bimbang Bahasa Melayu terpinggir di bumi sendiri. Bukan sahaja soal kebahasaan tetapi dalam konteks yang lebih besar kita bimbang jati diri Melayu itu terhakis dalam pembawakan masyarakat Malaysia pada hari ini khususnya orang Melayu sendiri.

Persoalannya mengapa bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi subjek ini? Bukankah kita sudah dan mampu melahirkan ramai cerdik pandai melalui bahasa Melayu. Di mana jati diri kita? Sanggup mengenepikan peranan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan serta bahasa yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi?
Jepun contohnya, seluruh dunia kagum serta mengguna pakai teknologinya hasil dari kecekapan bangsanya yang belajar dan bangun membina kejayaan melalui bahasanya sendiri. Begitu juga China. Mengapa kita perlu berkiblatkan bahasa Inggeris?

Ini saya fIkir, menteri bertanggungjawab perlu berfikiran jauh jika benar-benar ikhlas membela nasib rakyat dan bangsanya ..!

Bagaimana saudara melihat prestasi dan kemampuan Bahasa Melayu dalam keberjayaan bahasa ini untuk digunakan secara meluas dalam pengajaran sains dan matematik?

Seperti saya katakan tadi , bahasa Melayu ada nilai ekonomi yang tinggi. Kita mampu mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Jika bangsa lain boleh bangun maju dengan dasar bahasanya sendiri mengapa tidak Malaysia? Bahasa melayu juga mampu bersaing malah kita harus yakin dan tanam cita-cita untuk melebarkan pengusaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Jika kita menafikan bahasa sendiri, kita tidak akan nampak fungsi serta prestasi bahasa kita dan ini menunjukkan bangsa kita lemah akan jati diri. Sebaliknya kita perlu yakin. Jadikan Jepun dan China sebagai contoh.

Jika hari ini system pendidikan di India yang menggunakan b.Inggeris sebagai pengantar, sejauh mana bangsa nya maju. Majukah orang India semata-mata belajar bahasa inggeris tetapi masih menggunakan teknologi asing !

Kenapa India tidak jadi peneraju teknologi dunia.?. sebaliknya Jepun dan China yang lebih kehadapan. Ini mnembuktikan bahawa , kemajuan bangsa itu bukan diukur melalui penguasaan Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris bukan jaminan untuk membina kemajuan dan ketamadunan sesebuah bangsa.

Kementerian perlu sedar. Kita ada bahasa kita sendiri, dan ia diperakui dalam perlembagaan dan kita perlu luhur akan hal ini.

Apa halangan dan kelebihan menggunakan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan?

Tiada apa jua yang menghalang.

Jika persepsi kita mengatakan bahawa banyak rujukan Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris, ya saya akui, tetapi ia harus di atasi dengan cara, pelajar itu sendiri harus memahami dan menguasai bahasa inggeris. Caranya pedagogi pengajaran bahasa Inggeris perlu diperkasa. kita sedar rata rata pelajar kita kurang fasih berbahasa inggeris di sebabkan kurangnya keberkesanan pengajaran bahasa itu di peringkat sekolah.untuk mengatasinya bukan mengajar bahasa inggeris dalam Sains dan Matematik sebaliknya, silibus pengajaran Bahasa Inggeris itu perlu diperkemas dan di mantapkan corak pengajarannya kepada murid- murid.

Satu lagi cara kita boleh terjemah bahan rujukan Berbahasa Inggeris kepada bahasa melayu. Semakin banyak usaha penterjemahan dilakukan semakin banyak ilmu berkembang dalam Bahasa Melayu. Dan Bahasa Melayu mudah diterima sebagai bahasa ilmu. Nilainya cukup tinggi. Saya yakin dan percaya orang akan belajar bahasa melayu untuk mengusai bidang kritikal seperti Matematik dan Sains. Pendek kata , Bahasa Melayu juga mampu mengungkap konsep ilmu Sains dan Matematik. Ini secara langsung mengukuhkan kedudukan bahasa melayu dalam dunia pendidikan global. Bahkan saya percaya jika kita komited , status lingua franca Bahasa Melayu itu dapat dikembalikan semula..

Kelebihannya, mudah bicara, bangsa kita akan terbina jati dirinya yang kukuh melalui penghayatan bahasa yang tinggi. Kita mengangkat mutu dan nilai bahasa kita pada mata dunia. Kita perlu jadi seperti Negara yang mendewakan bahasa ibunda mereka. Orang akan berkata, Malaysia maju dengan bahasanya . maka orang kenal bangsa Malaysia yang maju itu. Inilah yang dikatakan bahasa jiwa bangsa.

Tun Dr. Mahathir sendiri pernah menyeru masyarakat kita agar menjadikan Negara timur sebagai contoh melalui dasar pandang timur. Tetapi mengapa dalam soal bahasa, isu bahasa ; kita tidak mahu mencontohi Negara timur.?

Segelintir masyarakat umum ada juga melihat perjuangan isu ini bersifat perkauman dan berbau cauvanisme, apa pandangan saudara?

Saya cabar siapa sahaja yang berani mengatakan isu ini berbaur perkauman. saya Faham apa itu perlembagaan. Saya patuh serta luhur dengan perlembagaan. Sudah termaktub bahawa bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka jangan ada pihak yang cuba menggugat kedudukannya.

Dahulu kita belajar dalam bahasa Inggeris ketika mula-mula merdeka. Selepas itu kita bentuk perpaduan melalui bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan mediumnya adalah pendidikan. Kita jadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. UKM sendiri ditubuhkan dengan hasrat bahasa melayu sebagai pengantar di peringakat pengajian tinggi.

Tetapi sekarang kenapa kita mahu mengenepikan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan. Dasar ini (PPSMI), sudah cukup menunjukkan bahawa kita seolah-olah menoleh kebelakang. Ini yang kita sedar dan tuntut serta perjuangkan. Bukan soal kaum. Kita ada Cina, Melayu, India dan Pelbagai etnik, sudah merdeka lebih 50 tahun, perpaduan selama ini dibina atas dasar bahasa kebangsaan. Kita orang Malaysia. Bangsa Malaysia, tidak kira apa jua kaum dan etnik yang diwakili, kita perlu patuh pada perlembagaan Malaysia.

Malaysia Negara berbilang kaum. Sejauh mana penerimaan GAP dan isu PPSMI ini sendiri kepada kaum bukan Melayu terutamanya Cina dan India?

Bebaskan minda kita dengan tanggapan GAP berbaur perkauman. Sebelum ini cina India dan melayu juga belajar dalam bahasa melayu. Sekarang fasih berbahasa melayu. Saya rasa kita sudah serasi dan selesa.

Tidak timbul soal penerimaan kaum lain. Kalau ada yang tak terima mengapa sekarang bersuara. Kenapa tidak sesudah merdeka lagi kita mengangkat bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi Negara. Pengantar dalam system pendidikan kita?

Tepuk dada Tanya selera.

Perjuangan GAP adakah melihat kepada keberjayaan dalam bidang Sains dan Matematik ATAU keutuhan bahasa Melayu itu sendiri?

Kedua-duanya

Kita boleh maju dalam sains dan matematik walau belajar dalam bahasa Melayu dan kita juga dapat membentuk jati diri bangsa yang cinta akan bahsanya.. secara tak langsung bahasa melayu utuh , mantap dan lebih kukuh.

Apa pandangan anda tentang pendirian golongan Melayu Bandar yang berpendirian bahasa Inggeris lebih kehadapan dan mempunyai peluang cerah dalam penguasaan terhadap ilmu teknologi dan kemahiran yang datang banyaknya dari barat?

Bandar banyak kemudahan berbanding pedalaman.

Soalnya kita mahu bangsa kita yang dibandar sahaja maju atau pedalaman terus mundur?

Di mana demokrasi dalam pendidikan?

Apakah penyelesaian terbaik dalam usaha memuaskan hati semua pihak, berkaitan masalah penguasaan bahasa inggeris yang lebih, pelaburan yang tinggi terhadap PPSMI telah dibuat dan alasan bahasa inggeris lebih baik dalam penguasaan ilmu teknologi, sains, matematik dan sebagainya?

Tak salah jika kerajaan selangkah pandang ke belakang demi menjamin kebaikan yang lebih panjang. Perkasa kaedah pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Selesai masalah. Jika menteri bertanggungjawab benar-benar bertanggungjawab, mansuhkan ppsmi. Ini soal masa depan bangsa. Tindakan ini (memansuhkan PPSMI), menampakkan bahawa kerajaan ikhlas dalam mendemokrasikan pindidikan kepada seluruh rakyat.

Sebagai pengakhiran, apa harapan anda kepada seluruh mahasiswa terutamanya di Universiti Malaya dalam isu ini? Dan seluruh kampus di Malaysia amnya.

Bangkit menyokong pemansuhan PPSMI. Tunjukkan bahawa mahasiswa sebagai penegur dasar kerajaan yang tidak adil. Jadikan mahasiswa sebagai juru bicara umat. Sedar bahawa mahasiswalah yang akan meneruskan dasar ini jika mahasiswa tidak sedar kepincangan yang ada pada PPSMI. Jika hari ini mahasiswa berjaya memansuhkan PPSMI, kita akan lihat bangsa kita terpimpin dengan lebih ke hadapan serta maju dengan nilai kebahasaan sendiri.


sumber:mahasiswakinicom