Saturday, January 1, 2011

Ulang Tahun ..

Salam kemesraan...Selamat tinggal 2010 dan Selamat datang 2011... 
31 disember 2010 genaplah usia saya 23 tahun...disambut penuh kesederhanaan dan kesyukuran yang tidak terhingga...terima kasih atas segala ucapan ulang tahun dan doa yang diiring serta..!...Dan, sekalung penghargaan kepada yang tak putus-putus memberi bingkisan ikhlas buat kenang-kenangan bersama... 

Tahun 2010 dalam diari hidup saya amat bermakna.. penuh warna warni dan episod suka duka yang banyak memberi pengajaran dan pengalaman..Tahun ini rezeki melimpah ruah..Namun saya anggap semua itu ujian walau ia bernama rezeki..Allah akan memberi kepada kita sesuatu dan akan mengambil sesuatu daripada kita... sejauh mana kita bersyukur dan menghargai ujian itu maka di situlah nilai terima kasih  kita kepada ALLAH! ..Tepuk dada tanyalah IMAN!

..januari hingga mei - menghabiskan pengajian di tahap akhir semester..
..jun - rehat dan bersantai ...ala-ala hilangkan stress sesudah 3 tahun belajar..
..julai dah mula kerja dan gembira dapat kawan-kawan baru termasuk pelajar-peajar yang baik-baik
..ogos - Gradusi ! Hari paling bermakna setelah penat lelah belajar selama 3 tahun di Uni. Malaya akhirnya menggenggam Sarjana Muda Pengajian Melayu (BMS Hons.Bahasa dan Kesusateraan Melayu)
..dan sehingga  disember lepas, semuanya berlalu penuh indah dan disambut rasa syukur..

Menjelang 2011...saya mulakan dengan azam baharu! beberapa azam telah saya senaraikan dalam kamar hati dan fikiran ini yang akan dibajai semangat bersulam ketekunan ..Insya-ALLAH..! ..semoga  segalanya berjalan lancar...AMin..

Semoga Allah Senantiasa berada di sisi saya, memandu, membimbing dan meredhai segala gerak laku saya..moga iman amal dan akhlak bertambah seiring usia yang meningkat pikun..Dan..seperkara, semoga benih-benih bahagia saya bersama keluarga , rakan-rakan dan pelajar-pelajar makin berbunga.. dan semoga perkenalan yang tidak diduga dengan si Dia, akan terus kekal dan mesra hendaknya..!...

1 comment:

zacky said...

tq afzainizam!..selamat maju jaya juga!