Monday, January 18, 2010

macam macam Melayu



melayu tak suka berdikari
malas guna otak kanan dan kiri


suka tengok cerita hantu
jangan tegur,tower 13 dan kekasihku seru


waktu maghrib dah tunggu depan tv
melayu rajin bergosip sana sini


kutuk orang ni kutuk orang sana
bukan nak nasihat tapi mengata
bikin dosa kering dan tambah-tambah dosa

melayu suka sangat hiburan
akademi fantasia, malaysian idol yang dilayan


qari dan qariah susah nak jumpa
tambah nilai rm60, afundi mila


sibuk cerita artis kawin datuk

tak amik kisah anak sendiri mabuk

dikatakan miskin marah bukan main
padahal pakai tak cukup kain


dedah sini ketat sana
nampak 'logkang' celah dada


merdeka sudah 52 tahun
tiada adab, apa lagi sopan-santun

melayu suka foya-foya
“biar papa asal bergaya”


saudara di palestin sikit tak dipeduli
hari ni makan kfc, esok Mcd

biar mati anak asalkan adat terjaga
walau adat bertentangan agama


jumpa bomoh minta ubat
minta pelaris nak kaya cepat


ilmu syirik yang dicari
cucuk kat hidung cucuk kat pipi
sanggup santau saudara sendiri

melayu hebat selalu

menagih no 1
merokok no1
merempit no 1
meragut no 1


buang masa jadi hobi
bangun tidur  11 pagi
sambil mengeliat “hmm..malasnya hari ni”
 

umur 15 tahun seronok bercinta
pegang tangan perkara biasa

makin lama kian melata

pakai ketat ketat..duduk rapat rapat
pegang erat erat..cium biar melekat
peluk kuat kuat..nafas sekat sekat


Salah Siapa Melayu terus melayu?
Ibu bapa atau cikgu cikgu?



tepuk dada tanya iman..dah cukup amalan?




Thursday, January 7, 2010

rasa 3 rasa..serabut dalam kabut

bercinta  sudah  lama..
berkasih  dan  bermesra...
biar  bertahun  masa  beredar...
satu  wajah... satu  nama...
takkan  pudar...


maafkanlah ....
andai lagu ini mengganggu  ruangan hidupmu..
kau  kebanggaan  kita...
kau  budayawan... bangsa...
kau..... lagenda


cintaku bukan  di atas  kertas..
cintaku getaran  yang sama..
tak  perlu  dipaksa..
tak  perlu  dicari...
kerna  ku yakin ada jawabnya..

akan  ku bawa  kau mengembara...
menerokai..  alam  asmara..
menubuh  kota....cinta  kita..

hati  membeku mengingatkan..,
kata  janji  manismu....

walau  kita  dihadapkan,
dengan  berbagai  pilihan,
mengapa sering  terjadi..
pilihan  tak menepati...

dia..
isabella.....
lambang  cinta.., yang lara..,
terpisah..kerana..
adat  yang  berbeza...
cinta  gugur  bersama..
daun-daun..kekeringan...

ku  menghimpun  doa  bertahun..
mencari  pepohon  nan  rimbun..


bertemu dahan yang rapuh...
tempatku  berteduh..
 gugusan hari-hari..
indah bersamamu..
kamelia..
akan  ku  sahut..
namamu   sayang..
sewaktu  ku... kesunyian...



gemerlapkan jiwa ..
semikanlah cinta..
semoga kau dan aku..
akhirnya  bersama...
aku kan  menunggu..
walaupun  seribu..


tahun lagi....
 suatu hari nanti..

pastikan bercahaya..

pintu akan terbuka..

kita langkah bersama..
di situ kita lihat..
bersinarlah hakikat..
debu  jadi  permata..
hina  jadi  mulia..

 untukmu akan ku semaikan....
cinta yang sejati ... tiada  bandingan
dalam kerinduan ku sendiri..
dalam  kesyahduan .. kita  hadapi
warisan .. wanita .. terakhir
jiwa raga ku  serah
kau ingin milik segalanya..


tinggal kenangan....

gagal segala impian...
tinggal bertanya...
erti sejati...
 di sana  hanyalah menanti...
sampai  bila pun ..  ku tak pasti
bertanya khabar melalui tinta..
jarang sekali bertemu muka
namun ku tahu...
dia..



kau kekasih awal dan akhir..
kau kekasih  zahir  dan batin..
engkau  pun  tahu  niatku..
tulus  dan  suci..


sebuah  cinta  dan  harapan..
menjadi  debu  berterbangan..

 andai dipisah..
laut  dan  pantai..

musnahlah ilham...

hilang pedoman...
 mengapakah..
terus  mengharap..menanti
walau  cukup  ku sedari..
kau  takkan  kembali.....

dingin malam..tirai kenanganku..
menyerlahkan sekurun ingatan..
terciptalah rimba kehidupan..
percintaan  dalam  perjuangan..

 sesungguhnya ..
kau ku sanjung tinggi 
beerti..
hanya kau di  hati..

sayangnya..kejernihan  cinta
yang  mencermin  setia..

kau keruhkan...
warnanya.....

 

Wednesday, January 6, 2010

3 SURAH 3 KEKUATAN...

Assalamualaikum,

Sekadar mengingati diri  sendiri  dan semua  yang  membaca.... tidak keterlaluan jika saya berpendapat  saya hanya pegang kepada 3 surah Allah  sebagai  yakin akan agama saya...

Pertama,

Surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan minta tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita.

Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini  bagi saya surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, 

Surah Al-Kafirun. Bahagian ini, menarik sikit.Surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, saya  mahupun anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah ini. Sebab, dalam zaman globalisasi, saya ataupun anak saya mungkin akan berkerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
Kalau berpegang kuat  kepada surah Al-Kafirun, insya-Allah,  akan selamat. Kita akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi perlu sedar ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’ . 


Satu lagi perkara yang saya pegang. Orang Islam, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, kita sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah  hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman..

Ketiga, kekuatan fizikal

Pertamanya, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang.



Justeru, hal yang dibincangkan, amat saya pegang  dan amalkan.... kerna saya yakin  dengan keEsaan Allah, pertolonganNYA  dan agamaNYA.... maka  untuk  jadi muslim yang maju  dan bahagia  serta  berjaya dunia  mahupun akhirat  saya mesti  ada tiga  kekuatan  tersebut.......
amin.....





Iqra’…..!

1. Katakanlah (wahai Muhammad); ” (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. ‘Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. “Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”.

Wassalam.