Rabu, 2010 Januari 06

3 SURAH 3 KEKUATAN...

Assalamualaikum,

Sekadar mengingati diri  sendiri  dan semua  yang  membaca.... tidak keterlaluan jika saya berpendapat  saya hanya pegang kepada 3 surah Allah  sebagai  yakin akan agama saya...

Pertama,

Surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan minta tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita.

Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini  bagi saya surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, 

Surah Al-Kafirun. Bahagian ini, menarik sikit.Surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, saya  mahupun anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah ini. Sebab, dalam zaman globalisasi, saya ataupun anak saya mungkin akan berkerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
Kalau berpegang kuat  kepada surah Al-Kafirun, insya-Allah,  akan selamat. Kita akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi perlu sedar ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’ . 


Satu lagi perkara yang saya pegang. Orang Islam, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, kita sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah  hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman..

Ketiga, kekuatan fizikal

Pertamanya, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang.



Justeru, hal yang dibincangkan, amat saya pegang  dan amalkan.... kerna saya yakin  dengan keEsaan Allah, pertolonganNYA  dan agamaNYA.... maka  untuk  jadi muslim yang maju  dan bahagia  serta  berjaya dunia  mahupun akhirat  saya mesti  ada tiga  kekuatan  tersebut.......
amin.....





Iqra’…..!

1. Katakanlah (wahai Muhammad); ” (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. ‘Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. “Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”.

Wassalam.

Ahad, 2009 November 01

salam peperiksaan..

salam... kepada semua mahasiswa seluruh Malaysia, selamat menduduki peperiksaan akhir semester 2009/2010. Khusus kepada Mahasiswa Universiti Malaya, selamat berjuang di medan tempur ilmu  yang  bermula pada 2 november hingga 20 november.

tinta ini juga kutitip  untuk  semua pelajar Pengajian Melayu yang menduduki  peperiksaan...berusahalah  sejuang mungkin  dengan doa  dan ikhtiar  kita...dan  serahkan segalanya  kepada pemilik takdir  yang  SATU, tawakkal  pada Allah SWT... sama-sama  doakan  kejayaan  kita......








p/s: kepada guruku, Encik Ramli Raman (Puisi Melayu Tradisional-5november), Dr.Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali (Kritikan Kesusasteraan-6november), Dr.Ghazali Darussalam (Peranan Sekolah & Masyarakat dalam Pendidikan Moral-9november), Dr. Ibrahim Hj. Ahmad (Retorik Bahasa Melayu-16november) dan Prof.Dr. Abd Razak Abd Karim (Analisis Wacana Bahasa Melayu-18november).... halalkan segala ilmu  yang  telah  dicurahkan, doakan kejayaan ku  dan  semua  pelajar  kalian untuk peperiksaan kali ini...Insyaallah  keberkatan  ilmu  yang  kami  peroleh  daripada  kalian  akan  membunga  kejayaan  masa  hadapan...amin...

Jumaat, 2009 Oktober 09

UNIVERSITI MALAYA (UM) TERUS UNGGUL...

THES telah mengeluarkan ranking terbaharu 200 universiti terbaik di dunia.Nyata, Malaysia berbangga dengan kedudukannya di tangga 180 terbaik dunia melalui Universiti Malaya (UM).
Hal ini menunjukkan, UM terus memperbaharui kedudukannya sebagai universiti terbaik di Malaysia dan dunia. Kedudukan tersebut dibaiki sejak tahun 2007 dan konsisten hingga 2009. Buktinya pada tahun 2007 UM berada di anak tangga 246 terbaik dunia dan pada tahun 2008 menduduki tempat ke-230. Kini, UM terus memperbaharui kedudukan tersebut lantas tersenarai antara 200 universiti terbaik dunia. Malah, jika di senaraikan dalam kalangan Negara Asia, UM menduduki tempat ke-39 terbaik Asia.Kedudukan ini meletakkan Malaysia sebagai negara ke-8 di Asia yang mempunyai universiti terbaik dan cemerlang.

Berbanding pula dengan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), pada kali ini (2009), hanya layak berada di tangga 291 terbaik dunia.Fakta yang perlu diterima tentang kedudukan ini adalah, UKM jauh ketinggalan daripada UM melewati 111 universiti lain(jurang antara UM dan UKM).Lebih malang lagi, kedudukan UKM dalam penilaian THES menunjukkan universiti ini merosot dari tahun sebelumnya (2008), yang berkedudukan 250 terbaik dunia. Jelaslah, UKM langsung tidak tersenarai dalam 200 universiti terbaik dunia sebaliknya terus corot.

Walau bagaimanapun, UKM masih boleh berbangga kerana mengepalai senarai universiti di Malaysia yang gagal tersenarai sebagai 200 terbaik dunia berdasarkan penilaian THES.Universiti yang berada di belakang UKM ialah Universiti Sains Malaysia (USM atau lebih dibanggakan dengan nama APEX Universiti).USM menduduki senarai ke-314 terbaik dunia diikuti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tangga 320 dan Universiti Putra Malaysia (UPM), yang berkedudukan ke-345.

Menyentuh tentang prestasi USM, kedudukannya terus merosot sejak tahun 2006 hingga 2009. USM terus jatuh dari tahun ke tahun; 2006(277),2007(307),2008(313),2009(314).Inikah universiti APEX yang dibanggakan?Rujuk jadual di bawah:


UNIVERSITI

Universiti Malaya (UM)
Universiti
Kebangsaan (UKM)
Universiti Sains (USM)
Universiti Teknologi (UTM)
Universiti Putra (UPM)

TAHUN
2006
192
185
277
-
292
2007
246
309
307
416
364
2008
230
250
313
356
320
2009
180
291
314
320
345

Kedudukan 5 Universiti Malaysia dalam Senarai THES (200 terbaik dunia) dari Tahun 2006-2009

Segala fakta ini perlu diterima dan diperhalusi sebagai kayu ukur tentang ketrampilan universiti-universiti Malaysia di peringkat global. Kepada UM, tahniah kerana menyedari akan kejatuhannya sebelum ini dengan berusaha memperbaiki kedudukan tersebut untuk berada pada tahap yang boleh dibanggakan kali ini. Mahu tidak mahu, terima ataupun tidak, UKM,USM,UTM, dan UPM serta universiti lain di Malaysia, patut mencontohi UM.

Tuntasnya, UM terus menjadi universiti perdana dan terunggul negara secara realiti pada hari ini dan bukan sekadar bersandar pada gelaran universiti tertua negara. Layaknya, UM yang tertua dan terunggul dengan mengetuai barisan universiti lain di Malaysia. Namun, untuk semua universiti di Malaysia, teruslah berusaha meningkatkan kualiti kampus masing-masing agar kita tersenarai dalam 200 terbaik dunia untuk masa hadapan. UM, jangan berpuas hati dengan apa yang diraih pada kali ini sebaliknya perlu lebih sedar ruang akan kedudukannya yang perlu terus dibaiki kerana pernah berada pada tahap yang lebih baik sebelum ini; tahun 2004(89 terbaik dunia).

Secara ringkas, di bawah adalah kedudukan 5 universiti terbaik Malaysia:


1
 




 2




3
 



 4




5









Ahad, 2009 September 27

C.I.N.T.A = Peras Ugut E.M.O.S.I




Putus kasih... itu kata akhir dari dikau
Putus kasih... mengapakah itu yang kau pinta
Putus kasih... buatku berlinang airmata
Mengapa begini..Berakhirnya cinta
Yang telah bersemi kian lama

Puas ku bertanya..Puas ku merayu
Namun putus kasih ..Itu yang kau mahu...


(putus kasih_datuk syarifah aini)


Kini kau datang kembali
Memohon maaf dariku
Ku tak sudi memandang mu
Pergi kau dari hidupku

Tak usah kau menyesali
Cinta bagi ku sekali
Kini silakan kau pergi
Sedikit ku tak kecil hati

Tiada lagi maaf bagimu
Hati ku takkan terpujuk lagi
Suatu masa dulu kau tinggalkan daku
Yang dahagakan cintamu


(tiada maaf bagimu_datuk syarifah aini)




Biarlah aku..Sendiri dengan rindu
Masa yang menawarkan
Segala kepedihannya
Ku yang terseksa
Ku hadapi dengan rela
Ku jadikan segalanya
Teladan titi usia
Di suatu masa..Mungkinkan tiba
Apa sebenarnya
Di dalam cinta



(terlerai kasih_ziana zain)



Bila engkau berdusta
Dengan kata cinta
Nyata keikhlasanmu hilang dari jiwa
Perasaan ku ternoda
Dibuai dalam hampa
Tidak ku duga..Aku terpedaya

Walau sukar dilalui hari hari yang menanti
Akan ku tempuh dengan harapan
Cahaya cinta akan bersinar lagi


(sedingin mana cintamu_dayang nurfaizah) 






bait-bait  lirik di atas bercerita tentang cinta..apa sebenarnya cinta?cinta adalah dusta!benar ia menyiksa?masakan aku terluka...emosi  bergelut sendiri..meracau  dalam hati..mamai mencari erti..dengan roh yang mati...apa itu  satu  peras ugut?atau sekadar mainan perasaan yang tiada kasihan belas?mengapa ada yang terhiris dek cinta?adilkah bagi mereka yang memainkannya?biar apapun alasan dalamnya....C.I.N.T.A  sesuatu yang sukar dipercaya dan di duga..biar ia datang menjelma dan pergi tanpa rela...


Jumaat, 2009 September 25

NOSTALGIA AIDILFITRI

SALAM LEBARAN....

yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH
yang indah itu SALING MEMAAFKAN

"Salam aidilfitri maaf zahir dan batin"




Hati ini tersentuh tatkala suara takbir memecah langit malam lebaran...sayup dan sayu penuh keinsafan bila mana alunan pujian itu menggamit memori aidilfitri...terasa bersih tika semusim ramadan kunjung tiba penuh keredhaan...aku meminta agar kali ini biarlah rindu di subuh syawal berlabuh dengan rasa tenang yang abadi...untuk saudaraku yang dahulu pergi menghadap Ya Rabbi...kurentang doa untukmu kakanda...sambutlah salam rindu antara dua dunia..sesungguhnya terpisah kamu dan aku jua keluarga, bukan perpisahan yang perlu ditangisi..sebaliknya ia satu ketentuan yang tertulis sejak azali dan hikmahnya kami rasai kini..12 tahun kau tinggalkan kami..masih lekat ingatan 15 ramadan terakhir...kau...yang kami rindui..abadi dan tenanglah kamu di sana bersama basah simbahan doa yang kami curah antara dua nisan sebuah pusara.....ALFATIHAH...


tibanya syawal tanda ingatan.. ku kirim rindu di angin lalu.. kasih yang hilang.. ku hulur tangan.. di aidilfitri..ku pohon restu buatmu kasih.. di aidilfitri.. mengimbas daku kata-katamu.. andaimu tiada.. disisiku lagi merentang doa.. ikhlas dariku.. sesaat takbir bergema.. selama itu dikau di hatiku doaku kirim.. buatmu kasih.. di aidilfitri.. ikhlas dariku.. di hening subuh.. di pagi raya.. doaku pohon buat yang tiada.. air mataku tabur bersama.. terkenang daku.. takbir bergema.. selama hayatku ada.. di hari yang mulia.. hari raya padamu kasih.. di aidilfitri terkenang daku.. cinta yang satu..



Selasa, 2009 Ogos 25

MAKAN PASIR


Tahniah kepada PAS yang berjaya mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir , Pulau Pinang.
Inilah satu satunya kerusi yang dimiliki Pas di Pulau Pinang dan kubu kuatnya sejak pilihan raya umum 1999. Dengan majoriti agak besar ; 4551 undi (menyusut sedikit berbanding pilihan raya umum 2008-5433 undi) Ustaz Salleh Man diumumkan secara rasmi sebagai ADUN kawasan tersebut setelah berjaya menjamu pasir pada lawannya dari UMNO-BN.

Sekali lagi UMNO menerima tamparan hebat setelah setakat ini gagal memenangi sebarang kerusi pilihan raya kecil di Semenanjung. Moga yang menang teruskan tanggungjawab dan laksanalah amanah yang disandarkan kepada anda sebaiknya.

Tahniah kepada seluruh jentera pilihan raya Pas dan Pakatan Rakyat yang merealisasikan kemenangan ini. UMNO perlu lebih muhasabah, dan membaiki silapnya agar mereka tahu dan faham mengapa UMNO terus ditolak rakyat.

ANDAIAN SAYA MENGAPA UMNO KALAH JUA DI PERMATANG PASIR??!!...
  • Provokasi melampau media yang ditunggangi UMNO (media terlalu memencilkan keupayaan PAS dan calonnya malah menjaja calon UMNO berlebih lebihan)
  • Isu SYURGA Tuan Guru Nik Aziz (rakyat marah kerana ada pihak tertentu cuba mengaibkan ulama RABBANI seperti TOK GURU- memperkecilkan Nik Aziz dan memutarbelitkan kenyataan TOK GURU)
  • Isu kreadibiliti calon UMNO (masalah moral)
  • Gerak kerja jentera pilihan raya Pakatan Rakyat mantap berbanding UMNO-BN
Andaian saya buat berdasarkan pengamatan lensa politik saya sendiri; pertama, sebelum penamaan calon lagi..UMNO sudah mula berkempen menggunakan media arus perdana malah sehinggalah hari penamaan dan membuang undi. Saya naik mual menonton berita RTM dan TV3 yang tak jemu-jemu menyiarkan kempen calon UMNO sedangkan calon Pas tak di fokuskan langsung. Kedua, isu syurga..saya rasa terguris bila ada pihak yang menghentam TOK GURU habis habisan mengenai isu itu. Mengapa media tak beri laluan kepada Nik Aziz untuk membuat satu kenyatan balas kepada dakwaan itu, malah ada pihak membuat kesimpulan awal akan kradibiliti Nik Aziz hanya bermodalkan isu yang dilelong di akhbar-akhbar. Saya percaya rakyat marah dengan cara Nik Aziz dihentam. Saya sendiri tidak percaya dengan cakap cakap awal dan laporan media cetak atau elektronik kerana isu Tuhan Samseng dan Barua pernah dilego di kaya tv dan dada akhbar. Nyata.. Nik Aziz BENAR..
Seterusnya, isu moral CALON UMNO; ROHAIZAT... cukup dengan kenyataan dari majlis peguam, imej Rohaizat sudah tercalar..masalah moralnya yang lain saya tak pasti..mungkin benar mungkin tidak..tetapi saya percaya isu ini tetap memberi impak kepada UMNO. Akhirnya, kekuatan jentera parti dari Pakatan Rakyat nyata lebih semangat juangnya berbanding UMNO-BN. Kesungguhan berkempen yang ditunjukkan terserlah di mata saya tanpa mengira pagi petang siang malam..LAWAN TETAP LAWAN!

Apapun. . . tahniah kepada PAS dan Pakatan Rakyat. . . dan UMNO bagunlah dari menyembah pasir ...

Jumaat, 2009 Ogos 21

aduhai MALAYSIA...



ADUHAI MALAYSIA..
RAKYATMU MASIH LEMAH?

ADUHAI MALAYSIA..
MINDAMU MASIH DIJAJAH?
EKONOMIMU MAKIN REBAH?

ADUHAI MALAYSIA..
APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA?
BERTAMBAH MEGAH ..
ATAU..MAKIN MENYEMBAH?

ADUHAI MALAYSIA..
NEGARA YANG MEWAH RAKYATMU MERIAH..

ADUHAI MALAYSIA..
APA JENIS POLITIKUS YANG MEMERINTAH?
ADA RAKYAT DILAYAN BAGAI SAMPAH..
ADA PEMIMPIN MINTA DISEMBAH..
SANA SINI BERTELAGAH..
GADAI TEBUS DAN JUAL MARUAH..

ADUHAI MALAYSIA..
52 TAHUN MERDEKA SUDAH..
LAYAKNYA ENGKAU SELESA BERJEMAAH..
TAPI MENGAPA MASIH KALUT BERDEKAH?

ENTAHLAH MALAYSIA..
TUHAN LIMPAH DENGAN BARAKAH..
KUFUR NIKMAT ENGKAU SEDEKAH..
HASILMU DIGALI DARI BAWAH..
REZEKI TUHAN TAK JEMU MENYIMBAH..
MASIH KIKIR MENGAGUNG AGAMA ALLAH?

MACAM MACAM MALAYSIA..
GADUH GADUH GADUH ... APA KEJADAH?
BALIKLAH SUJUD SEJADAH..
TAK SALAH IKUT JALAN IBADAH..
MOGA SYURGA MINGHIJAB TADAH..

SIAPAPUN PENGKHIANATMU MALAYSIA..?
DIALAH YANG MENGGADAI BAHASA..
DILELONGNYA IMAN BANGSA..
MEREKALAH YANG MEMPERSENDA AGAMA..
DIGADAINYA ROH SEBUAH NEGARA...

ADUHAI MALAYSIA..
SUDAH..SUDAH..SUDAH..
ARAHKAN LANGKAH KE SATU KIBLAH..
PERJUANGKAN SEGALA YANG SUNAH..
TEGAKKAN DASAR KITAB RASULULLAH..

MALAYSIA..OH.. TANAHAIRKU..
KAU AKAN DISINARI CAHAYA INDAH..
HASIL PERJUANGAN YANG DIKERAH..
OLEH WALI DAN WARIS YANG MEMERINTAH..

MALAYSIA..
ENGKAU SATU-SATUNYA MALAYSIA..
TERINDAH DI DUNIA..
MALAYSIA..
MEMANG KAU 1 MALAYSIA..
TIADA 2 DAN 3 MALAYSIA..
SAAT KEMENANGAN MAKIN EGAH..
KITA TERUS LAUNGKAN KALIMAH..
UNTUK BINASAKAN PENGKHIANAT UMMAH..

TAKBIR...!
NEGARAKU..MALAYSIA!
TAKBIR..!
BAWAH PIMPINAM ULAMA!
TAKBIR...!
ALLAH MAHA KUASA!
MINTA MALAYSIA SEJAHTERA..
BAWAH TERANG CUACA..
SINAR BULAN PURNAMA..
AGAR BISA TERTEGAKNYA..
DAULAH ISLAMIAH..NEGARAKU.. MALAYSIA!
TAKBIR...!