Assalamualaikum,
Sekadar mengingati diri sendiri dan semua yang membaca.... tidak keterlaluan jika saya berpendapat saya hanya pegang kepada 3 surah Allah sebagai yakin akan agama saya...
Pertama,
Surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan minta tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita.
Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini bagi saya surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga,
Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini bagi saya surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga,
Surah Al-Kafirun. Bahagian ini, menarik sikit.Surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, saya mahupun anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah ini. Sebab, dalam zaman globalisasi, saya ataupun anak saya mungkin akan berkerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
Kalau berpegang kuat kepada surah Al-Kafirun, insya-Allah, akan selamat. Kita akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi perlu sedar ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’ .
Kalau berpegang kuat kepada surah Al-Kafirun, insya-Allah, akan selamat. Kita akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi perlu sedar ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’ .
Satu lagi perkara yang saya pegang. Orang Islam, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda
Minda ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, kita sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman..
Ketiga, kekuatan fizikal
Pertamanya, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang.

Justeru, hal yang dibincangkan, amat saya pegang dan amalkan.... kerna saya yakin dengan keEsaan Allah, pertolonganNYA dan agamaNYA.... maka untuk jadi muslim yang maju dan bahagia serta berjaya dunia mahupun akhirat saya mesti ada tiga kekuatan tersebut.......
amin.....
Iqra’…..!
1. Katakanlah (wahai Muhammad); ” (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. ‘Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. “Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment