Monday, July 27, 2009

sunyi menjelang aidilfitri


alhamdulillah...

Saat aku coretkan bingkisan ini, sudahpun kita (umat islam) menempuh sya'ban.
Semoga dengan langkah yang tak seberapa lagi kita akan bertemu ramadan dengan selamat..insyaALLAH. Namun, belum lagi sinar ramadan berkunjung tiba, sayu hati mula terasa.. dingin dan sendu membalut kalbu..

Aku peminatnya..setiap kali tibanya puasa.. aku nantikan kehadiran buah tangannya di skrin televisyen yang diterbitkan oleh sebuah stesen tv ternama negara. Sentuhannya unik...penuh moral, dan mencabar pemikiran hati. Ada sesuatu yang ingin disampaikan...biar cuma dengan patah kata tanya, .. 'burung apa?' 'burung murai !'....'burung apa?', 'burung murai!'.....

Dia.. aku kenali juga melalui hadiah hari kebangsaan untuk seluruh rakyat Malaysia.. yang sedih nya lagi, sambutan kemerdekaan negara akan disambut dalam bulan ramadan.. bukan sedih sebab tak dapat sambut dengan hiburan yang melampau.. namun buah tangan dan hadiahnya tak akan aku rasai, hadiah raya mahupun merdeka..... kerna begitu sinonimnya dia dengan merdeka dan raya...
Kali ini di bulan ramadan dan hari kebangsaan yang akan datang kita pula berikan dia buah tangan dan hadiah... AL-FATIHAH.

Semasa hayatnya, beliau diburu kontroversi yang melampau sehingga berbau makian dan cacian.. sindiran keras dari sahabat perjuangan dan mereka yang buta hati menilai... hari ini sesudah beliau menghadap ILAHI manis pujian dilemparkan padanya... Begitulah realiti hidup manusia.. ketika ada tak dipandang walau sebelah mata namun sudah tiada baru nak mengenang jasa dan pengorbanan...

Biar singkat hidupnya dilayar perak sebagai 'pencemar budaya', namun hasil kerahan minda dan tenaganya, cukup membanggakan berbanding mereka yang sudah bergelar jutawan drama filem, malah mempunyai produksi yang gah nama dengan puluhan drama filem sepanjang tahun yang langsung tak berbunga hasil karnya mereka..

Biarlah beliau dengan 2 3 buah filem cuma, namun kesannya mengangkat nama negara, bangsa dan agama daripada 4 5 ratus filem yang hanya memomokkan pemikiran bangsa, negara dan agama. Itulah dia... yang aku minati..kagumi..dan sanjungi..

Semoga ramadan dan kemerdekaan kali ini kita hayati dan kenangi beliau sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, iklan drama mahupun perfileman negara.. dia....

rabun, sepet, gubra, mukhsin, muallaf dan talentime..
takziah atas pemergian beliau..
ALLAHYARHAM YASMIN AHMAD..
AL-FATIHAH

2 comments:

yantie said...

ikan di laut,asam di darat,dalam periuk,bkin muafakat...satu irama yg mngkin baru didgr dan mngkin juga baru mnyatukan kita...

Anonymous said...

salam,abg mahu tnya boleh?klu kita berminat untuk masuk akademi pengajian melyu,kelayakan apa yang perlu ya?harap abg dapat hntr jwapan di email sya faridahmohammadabdullah@live.com.my