Sunday, January 9, 2011

AJL 25 vs 3 Diva..Tolong ingatkan aku siapa yang menang !

Salam juara lagu untuk semua peminat AJL...dah 25 AJL menempa nama..dan semalam adalah ulang tahun jubli perak bagi anugerah berprestij itu!....seperti biasa tak akan senyap mulut berbicara walau sudah diketahui lagu mana yang bergelar juara!

Setiap tahun akan ada suara2 yang tak puas hati ngan mutu penjurian AJL.! maknanya masing2 nak lagu kegemaran masing2 menang!...begitu juga saya, sememangnya AJL tak lekang daripada kontroversi selepas penganjurannya..saya sendiri tidak selesa dengan Tolong Ingatkan Aku yang mengungguli AJL semalam.! namun, bagi saya mungkin ada 'seswatu' pada lagu itu yang membuatkan juri berasa senang hati meletakkan  lagu sentuhan Ana Rafali itu sebagai juara!... Positifnya saya menerima kemenangan lagu tersebut dengan hati terbuka dan saya akui ada kelainan pada lagu itu(segar dan berjiwa)..sudah cukup liriknya yang bersahaja membuatkan lagu itu 'mudah' disampaikan kepada pendengar...

......mari patahkan papan markah lama.....
.......mari padamkan buku tiga lima.......
.........biar luka sembuh sendiri..........
..........biar lupa ditebus hari..........

Apa pun yang diperkatakan, keputusan tak akan berubah! Tahniah kepada yang berjaya.!... sejujurnya saya tak pernah mendengar lagu ini namun semalam baru kali pertama mendengar (walaupun lontaran suara Ana tidak sehebat Black dan Hafiz).... sesudah memenangi AJL, saya mula mencari lagu ini di youtube untuk mendengar versi studio (kerana live Ana di  AJL,..KURENG)... NYATA, lagu ini sangat menarik, santai dan bermakna pada lirik beserta aranggment muzik yang sekata dan lunak!...SYABASS!

..HAH!..satu lagi yang menarik AJL kali ini adalah persembahan pembukaan ... sangat kagum dengan M.Nasir yang sentiasa macho... wajah tak dimamah usia langsung!..suara mantain sedap dan powerr.!.. Rindu kemunculan beliau untuk bertanding dalam AJL mendatang!..sememangnya sebagai pemuzik,Sifu ini tiada tolok bandingnya,..menjadi penyanyi lelaki dan komposer paling banyak menyertai dan memenangi AJL... 

DAN simbolik kepada 25 tahun AJL bernyawa, gabungan 3 Diva Malaysia nyata memberi impak bergetah kepada AJL kali ini... terdetik di hati saya... INI BUKAN AJL TAPI KONSERT 3 DIVA! .. ternyata kemunculan Datuk Sharifah Aini (idola saya), amat membangkitkan mood AJL dan mengimbau zaman kegemilangan beliau selama lebih 40 tahun dalam industri seni suara tanah air!... dengan lagu Kau Tinggi di Awan Biru dan Oh di Mana... sangat menggamit memori,, suara yang lunak dilontar dengan tone yang pelbagai... CayalllaH  TOK PAHH!....Ziana Zain(pujaan saya) pula muncul dengan lagu hitz beliau - Anggapanmu dan Madah Berhelah secara madley..! Kejelitaan pada usia 43 tahun membuatkan hati saya tak senang duduk melihak akak Ziana kita!.. masih mampu membawakan lagu2 hitz bernada tinggi beliau demi peminat yang menyokong kariernya!... Akak Ziana nyata lebih 'tenang'  menyampaikan kedua2 lagu tersebut dan mendapat sorakan gemuruh (melebihi finalis AJL)....dan, Dato' Siti Nurhaliza (saya tidak meminati beliau), memberi 'warna' berbeza dalam AJL 25 semalam dengan 3 buah lagu (madley) irama Malaysia/etnik kretif beliau  ..impaknya terasa kerana persembahan finalis nyata mendominasi lagu2 pop dan rock dan kehadiran siti menambah rempah AJL malam tersebut!..... Apapun tahniah kepada pemenang dan SYABASS buat SIFU, DAN 3 DIVA SEPANJANG MASA ; Tok Pah , Kak Ziana n Tok Ti..! walaaweeh!..ngancaMMm

1 comment: